Oleh Administrator
|
Selasa, 24 Mac 2015 14:43 |
|
|

EKSA ialah Ekosistem Kondusif Sektor Awam. Ianya adalah penjenamaan semula kepada 5S.
Pelaksanaan EKSA mempunyai matlamat sama dengan 5S iaitu mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti dengan cara sistematik dan praktikal.
EKSA juga akan menjimatkan kos dan memudahkan prosedur kerja.
EKSA berupaya memperkukuhkan lagi sistem pengurusan kualiti (SPK) yang berasaskan Standard Kualiti MS ISO 9001:2008 dalam memenuhi keperluan klausa pengurusan sumber berkaitan persekitaran kerja.
EKSA yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat jabatan secara keseluruhan.
SISIH * SEIRI
SUSUN * SEITON
SAPU * SEISO
SERAGAM * SEIKETSU
SENTIASA AMAL * SHITSUKE
GO GREEN * KITAR SEMULA
Mengasing dan membuang barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja secara sistematik.
Menyusun barang-barang yang diperlukan dengan teratur dan sistematik supaya ianya mudah diambil dan dikembalikan ke tempat asal setelah digunakan.
Membersih dan memeriksa tempat kerja secara berkala dan menyeluruh supaya tiada habuk/kekotoran di atas lantai, mesin dan perkakasan.
Mengekalkan tahap piawaian penyusunan tempat kerja yang tinggi dengan menekankan kebersihan dan kekemasan pada setiap masa.
Melatih pekerja mematuhi sistem persekitaran berkualiti secara berterusan supaya ia menjadi amalan dan budaya kerja dalam organisasi.
|
|
DiKemaskini Pada Rabu, 25 Mac 2015 11:19
Jumlah Capaian Ke Laman ini :8210 kali.
|