PENGOPERASIAN PERKHIDMATAN KAUNTER BAGI PEJABAT KERAJAAN DALAM FASA PERTAMA PELAN PEMULIHAN NEGARA Cetak
Oleh Administrator   
Ahad, 04 July 2021 10:43

 

PEJABAT TANAH BESUT

Selaras dengan kenyataan media Y. Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara berkenaan Pengoperasian Perkhidmatan Kaunter bagi Pejabat Kerajaan dalam Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu dengan ini bersetuju semua urusan kaunter pentadbiran tanah daerah di negeri Terengganu beroperasi secara fizikal bermula 1 Julai 2021, mengikut ketetapan berikut:

Kaedah urusan : TEMUJANJI SAHAJA

(WALK-IN TIDAK DIBENARKAN)

Waktu operasi : 9.00 pagi - 3.00 petang (Ahad hingga Rabu)

9.00 pagi - 2.30 petang (Khamis)

Urusan di kaunter adalah selama 30 minit sahaja. Oleh yang demikian, pelanggan yang ingin membuat temujanji mengikut urusan boleh hadir ke pejabat atau menghubungi talian seperti berikut (9.00 pagi – 3.00 petang sahaja):

 

Pendaftaran (Urusniaga Tanah)

010 - 846 9035

Hasil (Bayaran Cukai Tanah)

013 - 599 0934

Pembangunan

019 – 906 0502

Pelupusan (Borang 5A)

013 – 933 3489

Permit Pengalihan (dengan kelulusan MITI sahaja)

012 – 964 3178

 

Tuan / Puan diminta menyediakan dokumen yang lengkap semasa hadir di kaunter urusan. Semua pelanggan juga dikehendaki mematuhi arahan pematuhan SOP yang dikeluarkan oleh MKN bagi membendung penularan virus Covid-19.

Sekian, terima kasih.

Pentadbir Tanah Besut

 

DiKemaskini Pada Khamis, 08 July 2021 12:24
Jumlah Capaian Ke Laman ini :169 kali.