Program Gotong Royong Sempena Hari Air Sedunia Peringkat Daerah Besut 2021 Cetak
Oleh MAZLAN MAT HUSSIN   
Ahad, 28 Mac 2021 11:50

 

 

Pada 27 Mac 2021 –Program Gotong Royong Sempena Hari Air Sedunia Peringkat Daerah Besut 2021 telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Haji Mat Daik bin Mohamad, Penyelaras DUN Hulu Besut di Lata Tembakah , Hulu Besut, Besut.

Program ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Air Sedunia Tahun 2021 yang disambut pada 27 Mac setiap tahun dengan tema tahun ini; Menghargai Air (Valuing Water).

Ianya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan membaharui tekad semua lapisan rakyat di dunia untuk menangani isu- isu berkaitan air melalui pelan strategik dan pelaksanaan tindakan oleh setiap negara di seluruh dunia.

Sambutan Hari Air Sedunia ini adalah bertujuan untuk memenuhi sasaran Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals), yang dilancarkan pada tahun 2015 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu bagi memastikan setiap individu mempunyai akses kepada air bersih pada tahun 2030, menjadikan air sebagai isu utama dalam usaha untuk membasmi kemiskinan tegar

Normal 0 false false false EN-MY X-NONE X-NONE /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0cm 5.4pt 0cm 5.4pt; mso-para-margin-top:0cm; mso-para-margin-right:0cm; mso-para-margin-bottom:10.0pt; mso-para-margin-left:0cm; line-height:115%; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:"Calibri","sans-serif"; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-bidi-font-family:"Times New Roman"; mso-bidi-theme-font:minor-bidi; mso-fareast-language:EN-US;}