Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri di Dewan Merdeka, Kota Putera Square Besut Cetak
Oleh MAZLAN MAT HUSSIN   
Khamis, 30 Januari 2020 00:00

 

Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri di Dewan Merdeka, Kota Putera Square Besut telah disempurnakan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 23 Januari 2020 bersamaan 27 Jamadilawal 1441 ( Khamis ) jam 9.00 malam.

Qari berasal dari Kuala Terengganu, Abdul Hadi Che Abdul Halim dan Qariah dari Sungai Tong, Setiu, Nor Jannah Abd Rahman muncul selaku johan lelaki dan wanita pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu tahun ini.

Selaku johan, mereka membawa pulang wang tunai RM8,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan setiap seorang.

Kedua-dua Qari dan Qariah ini kemudiannya turut memperdengar bacaan masing-masing pada majlis tersebut. Baginda juga kemudiannya berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Abdul Hadi dan Nor Jannah bakal mewakili Terengganu dalam majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1441 Hijrah pada 13 hingga 21 Februari ini di Sabah International Centre, Kota Kinabalu

 

 

 

DiKemaskini Pada Khamis, 06 Februari 2020 12:06
Jumlah Capaian Ke Laman ini :182 kali.