Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Besut Tahun 1441H/2019M Cetak
Oleh MAZLAN MAT HUSSIN   
Ahad, 17 November 2019 09:23

 

 

Pada 14 November 2019- Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Besut Tahun 1441H/2019M dengan tema “Negara Rahmah Ummah Sejahtera”, telah berjaya dilaksanakan pada 17 Rabiulawal 1441H bersamaan 14 November 2019 (Khamis) bertempat di Kota Putera Square, Kampung Raja, Besut.

Pada tahun ini, acara Perarakan Kontinjen telah disertai oleh pasukan dengan peserta dari Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun, pelajar-pelajar sekolah, Institut Pengajian Tinggi, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dan juga Badan NGO. Perarakan telah dilepaskan pada jam 7.30 pagi bertempat di Mini Stadium Kampung Raja, Besut oleh Tuan Haji Rozali Bin Salleh, Pegawai Daerah Besut yang turut mengetuai kontinjen VIP terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2019M telah disempurnakan oleh YB Haji Mohd Nurkhuzaini Bin Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro & Hal Ehwal Penjaja Negeri Terengganu Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kota Putera

 

DiKemaskini Pada Ahad, 17 November 2019 12:14
Jumlah Capaian Ke Laman ini :42 kali.