Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) yang kini dikenali Universiti P.Ramlee (UPR) yang bakal beroperasi di Taman Ilmu Tembila, Besut, Terengganu Cetak
Oleh MAZLAN MAT HUSSIN   
Ahad, 18 Mac 2018 00:00

 

Pada 15 Mac 2018- Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) yang kini dikenali Universiti P.Ramlee (UPR) yang bakal beroperasi di Taman Ilmu Tembila, Besut, Terengganu. Pembinaan kampus ini bakal mengembangkan industri seni dan budaya termasuk memelihara seni tradisional Malaysia.


Sempena majlis penyerahan tapak Universiti P. Ramlee itu, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA), bertujuan menjalinkan kerjasama di dalam bidang bidang pendidikan, pembangunan modal insan, penyelidikan dan perkongsian pengetahuan serta pembangunan dan pertukaran pelajar dan pensyarah.


MoU itu ditandatangani oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar manakala ASWARA diwakili oleh Rektornya, Prof. Datuk Dr. Ir. Mohd. Rizon Johari dan disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, di Taman Ilmu, Besut, Terengganu.

 

DiKemaskini Pada Khamis, 22 Mac 2018 11:44
Jumlah Capaian Ke Laman ini :497 kali.