Majlis Gotong-Royong Mega Bersepadu 2017 Peringkat Daerah Besut Cetak
Oleh MAZLAN MAT HUSSIN   
Ahad, 31 Desember 2017 11:50

 

Pada 29 Disember 2017 - Majlis Pelancaran Gotong- Royong Mega Bersepadu 2017 Peringkat Daerah Besut telah diadakan di Masjid Muhajirin, Beris Lampu, Kuala Besut. Pelancaran ini telah dirasmikan oleh YBM. Tengku Zaijan Bin Che ku Abd. Rahman ADUN Kuala Besut yang diwakili oleh Penolong Kanan Pegawai Daerah, Encik Mohd Arif Fadhilah Bin Mohammad.

Turut hadir Ketua-Ketua Jabatan, Penghulu Mukim DUN Kuala Besut Serta Pengerusi JKKK Kampung Beris Lampu. Masyarakat setempat juga turut hadir  untuk gotong -royong di kawasan sekitar masjid serta kakitangan Jabatan Kerajan antaranya Pejabat Daerah Besut, Majlis Daerah Besut, JKR Besut, BOMBA , JPAM Besut dan lain lain lagi. Gotong Royong bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11 pagi.

DiKemaskini Pada Ahad, 31 Desember 2017 12:36
Jumlah Capaian Ke Laman ini :525 kali.