Majlis Perasmian Sekolah Menengah IMTIAZ Besut Dan Majlis Berbuka Puasa Bersama YAB. Perdana Menteri Malaysia Cetak
Oleh MAZLAN MAT HUSSIN   
Rabu, 08 July 2015 14:28

 

 

 

Pada 6 Julai 2015 - Kehadiran Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak ke Besut hari ini disambut lebih 20,000 pemimpin tempatan dan rakyat jelata.

Beliau yang tiba kira-kira 5.25 petang meluangkan masa kira-kira 20 minit meninjau Bazar Ramadan Kampung Raja tersebut yang menempatkan 200 lot niaga.

Perdana Menteri diiringi Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Pendidikan Kedua Dato’ Seri Idris Jusoh merangkap Ahli Parlimen Besut dan barisan Exco kerajaan negeri serta Anggota Dewan Undangan Negeri.

Pada kesempatan itu,YAB Dato' Seri turut beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung bazar berkenaan serta turut membeli beberapa juadah seperti air tebu, daging bakar cocok, solok lada dan kari ayam kampung.

Najib kemudiannya bertolak ke Sekolah Menengah Imtiaz Besut di Bukit Kluang untuk menghadiri pelancaran by DiscountExtensi"> Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab serta menyerahkan sumbangan Hari Raya kepada pelbagai pihak.

Pada majlis itu,YAB Dato' Seri menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 1,200 kanak-kanak miskin, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera serta menyampaikan seunit komputer dan pencetak kepada setiap Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) daerah Besut.

Kemudiannya beliau berbuka puasa bersama rakyat Besut dan menunaikan solat Maghrib berjemaah di surau sekolah itu.

Selepas itu,YAB Dato' Seri menunaikan solat Isyak dan solat sunat Tarawih di Masjid Ulul Albab di Seberang Jerteh bersama-sama warga Besut sebelum berlepas pulang ke ibu negara.

 

DiKemaskini Pada Khamis, 09 July 2015 14:48
Jumlah Capaian Ke Laman ini :2344 kali.