Sambutan Perarakan Maulidur Rasul 1436H/2015M Peringkat Daerah Besut Cetak
Oleh MAZLAN MAT HUSSIN   
Isnin, 19 Januari 2015 15:38

 

Pada 18 Januari 2015- Lebih 4,000 umat Islam menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Besut 1436H/2015M bermula dari Bandar Jerteh ke Dewan Majlis Daerah Besut (MDB) Gong Kemuntong sejauh tiga (3) kilometer.

Para peserta dibahagikan kepada tiga (3) kategori iaitu Jabatan Kerajaan/ Badan Berkanun/ Syarikat Swasta/NGO, Sekolah/ Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Daerah Besut.

Perarakan telah diiringi dengan marhaban diketuai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri, YB. Tuan Haji Muhammad Pehimi Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh.

Turut serta ialah ADUN Kota Putera, YB. Encik Mohd. Mahdi Musa; ADUN Kuala Besut, YBM. Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman; ADUN Jabi,YB. Encik Mohd Iskandar Jaafar; Pegawai Daerah Besut, Encik  A. Rahim Jusoh dan ketua-ketua jabatan kerajaan dan swasta.

Bagi kategori Jabatan Kerajaan/ Syarikat Swasta/ NGO, kontinjen terbaik dimenangi oleh Pejabat Yayasan Islam Terengganu manakala Pejabat Pendidikan Daerah (kedua) dan Majlis Daerah Besut (ketiga).

Untuk kategori Sekolah/IPT, Johan dimenangi Sekolah Menengah Agama Maarif, Naib Johan Sekolah Menengah Imtiaz  dan tempat ketiga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq.

Sementara bagi kategori Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) pula, JKKK Kampung Gong Guchil mengungguli tempat pertama,Naib Johan JKKK Kampung Tok Has dan JKKK Kampung Kayu Kelat, Hulu Besut tempat ketiga.

Setiap kategori Johan membawa pulang hadiah RM2,000 manakala Naib Johan RM1,500.00 dan tempat ketiga  RM1,000.00.

 

DiKemaskini Pada Selasa, 20 Januari 2015 15:11
Jumlah Capaian Ke Laman ini :2054 kali.