Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Peringkat Zon Timur 2014 Cetak
Oleh MAZLAN MAT HUSSIN   
Selasa, 11 November 2014 08:31

 

 

PUSAT DAGANGAN TERENGGANU (TTC), 06 November 2014 - Transformasi Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Peringkat Zon Timur 2014 dijangka akan melahirkan lebih ramai usahawan SDSI berpendapatan tinggi.

Majlis Perasmian SDSI Zon Timur disempurnakan oleh YB Encik Roslee Daud, Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Tengganu di Pusat Dagangan Terengganu (TTC)

Program kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) adalah untuk merealisasikan inisiatif Kerajaan Negeri Terengganu dalam usaha untuk memperkasakan usahawan di peringkat daerah untuk terus maju dan berdaya saing seiring dengan arus pembangunan.

Program ini disertai oleh 91 usahawan tempatan iaitu 67 usahawan Terengganu, 12 usahawan Pahang dan 12 usahawan Kelantan dapat mewujudkan suasana permuafakatan melalui aktiviti sosio ekonomi secara komuniti dan seterusnya mampu untuk membangunkan modal insan yang berkualiti pada masa akan datang.

Selain itu, program ini bukan sahaja berupaya untuk membangunkan produk beridentitikan setiap daerah di negeri ini malah dapat memupuk budaya kreativiti dan inovasi masyarakat tempatan.

Di samping itu, turut diadakan Karnival Belia Niaga 2014 anjuran YPU yang bertujuan untuk memupuk budaya keusahawanan di kalangan belia. Kerajaan juga telah menyediakan dana khusus untuk manfaat usahawan belia seperti Dana Putra daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Skim Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) daripada SME Corp. yang menawarkan geran memulakan perniagaan sebanyak RM 15,000.00.

Kerajaan Negeri Terengganu juga telah melancarkan Program Usahawan Graduan Terengganu yang boleh dirujuk melalui Pusat Rujukan Setempat Keusahawanan Negeri Terengganu di YPU.

 

DiKemaskini Pada Selasa, 11 November 2014 08:32
Jumlah Capaian Ke Laman ini :1857 kali.