Lawatan Menteri Besar Terengganu Ke Daerah Besut Sempena Mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri di Pulau Perhentian Cetak
Oleh Administrator   
Selasa, 01 April 2014 00:00

 

25 Mac 2014 – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said Menteri Besar Terengganu ke Daerah Besut bersama-sama rombongan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu sempena Mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri. Sebelum Ke Pulau Perhentian YAB Dato’ Seri Ahmad Bin Said dan rombongannya sempat meluangkan masa minum pagi bersama Masyarakat Daerah Besut bertempat di Dataran Kuala Besut pada jam 11.00 pagi sambil menyampaikan bantuan pembesar suara kepada setiap pengerusi JKKK dalam Dun Kuala Besut.

Jam 12.00 tengahari YAB Dato’ Seri bersama rombongannya bertolak ke Pulau Perhentian. Jam 3.00 petang rombongan ini mengadakan lawatan kerja Perkampungan Pulau tersebut. Pada malam pula lebih kurang 9.00 malam program makan malam bersama masyarakat Pulau Perhentian sambil menyampaikan BRIM untuk penduduk di Pulau tersebut.

26 Mac 2014 Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Terengganu diadakan di Hotel Shari  La Pulau Perhentian. Dimana rombongan To’ Puan Norliza binti Ghazali isteri kepada YAB Menteri Besar dan rombongannya mengadakan program ziarah rumah PPRT di perkampungan Pulau Perhentian

Di samping itu,YAB Menteri Besar sempat melawat tapak projek pembinaan rumah pangsa tersebut dan masjid Pulau Perhentian sempena Mesyuarat Exco Kerajaan negeri yang berlangsung di pulau tersebut.

 

DiKemaskini Pada Sabtu, 05 July 2014 09:59
Jumlah Capaian Ke Laman ini :2074 kali.