Ekspo Pembangunan Besut di Kota Putera Square Cetak
Oleh MAZLAN MAT HUSSIN   
Isnin, 16 April 2018 17:29

 

Pada 13 April 2018- Ekspo Pembangunan Besut yang berlangsung di Kota Putera Square, selama empat hari bermula pada 10 April 2018.

Satu lot tanah perumahan, motosikal dan basikal antara hadiah cabutan bertuah yang menanti untuk dibawa pulang pengunjung selain pelbagai hadiah lain termasuk barangan elektrik. Sebanyak 36  gerai pameran melibatkan pelbagai agensi kerajaan seluruh negeri terlibat.

Menerusi ekspo itu, orang ramai berpeluang  mendapatkan maklumat dan perkhidmatan  agensi tersebut di samping mempamerkan pembangunan Besut dan negeri.Orang ramai diminta tidak melepaskan peluang hadir bersama keluarga pada ekspo itu yang bermula jam 11 pagi hingga 11 malam.

 

DiKemaskini Pada Isnin, 16 April 2018 17:33
Jumlah Capaian Ke Laman ini :502 kali.