FUNGSI ORGANISASI PEJABAT DAERAH BESUT Fungsi utama Pejabat Daerah Besut ialah merancang, menyelaras dan melaksanakan projek pembangunan fizikal, pembangunan masyarakat, keselamatan, majlis dan keraian, pentadbiran dan kewangan selaras dengan hasrat kerajaan untuk membentuk masyarakat seimbang dari segi kehidupan sosial, ekonomi dan melahirkan masyarakat yang sentiasa produktif
DASAR KUALITI PEJABAT DAERAH BESUT Pejabat Daerah Besut adalah komited untuk mengurus dan mentadbir daerah bagi mencapai pembangunan yang seimbang dari segi ekonomi, sosial, fizikal dan pembangunan insan bagi memenuhi kehendak pelanggan serta menjalankan penambahbaikan secara berterusan berdasarkan sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2015 Pejabat Daerah & Tanah Besut
FUNGSI ORGANISASI PEJABAT TANAH BESUT Fungsi utama Pejabat Tanah Besut ialah memproses permohonan dari segi perlupusan, pendaftaran, pembangunan pentadbiran dan kewangan, ICT, perundangan, penguatkuasaan dan hasil tanah
DASAR KUALITI PEJABAT TANAH BESUT Memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan melalui sistem pengurusan dan pendatbiran tanah secara berterusan melalui aplikasi sistem penyampaian yang efektif bagi memenuhi kehendak pelanggan
|
DiKemaskini Pada Rabu, 26 Jun 2019 14:44
Jumlah Capaian Ke Laman ini :4361 kali.
|