Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
"Prihatin Terhadap Masalah Bersama"
Pertandingan kereta berhias PDF Cetak E-mail
Oleh Administrator   
Isnin, 19 September 2022 07:38

Daerah Besut telah menyertai Pertandingan Kenderaan Berhias sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang berlangsung di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 16 September 2022 jam 9.00 malam

Kenderaan Berhias Daerah Besut  menampilkan tema Dirgahayu Tuanku Sempena Sambutan Ulang Tahun Keenam Puluh Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu juga sepanjang tempoh 24 tahun  pemasyuran Tuanku sebagai Pemerintah Bagi Negeri Terengganu Darul Iman Serta Segala Jajahan Takluknya.

Sepanjang tempoh tersebut Negeri Terengganu Darul Iman banyak menempa kejayaan disamping kerancakan pembangunan dapat dilaksanakan dan telah dinikmati oleh rakyat. Rakyat dapat hidup dalam suasana aman sejahtera, harmoni dan saling bekerjasama antara satu sama  lain bertepatan dengan moto kerajaan negeri "Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera" serta "Keluarga Malaysia Teguh Bersama".
Konsep Kenderaan Berhias ini juga digabungkan dengan identiti/ikon Daerah Besut dimana Hadapan Kenderaan telah dipasang replika pesawat Sukhoi milik Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak, Besut yang sentiasa menjaga keselamatan serta kedaulatan negeri dan negara.

Terkenal dengan produk pelancongan menarik seperti Pulau Perhentian, Pantai Bukit Keluang, Pantai Air Tawar, Pantai Benting Lintang, Kolam Air Panas La ( La Hot Spring ) , Air Terjun Lata Tembakah, Air Terjun Lata Belatan, Gunung Tebu, Masjid Ulul Albab ( Masjid Kayu), Desa Ukiran Kayu (DUK) dan lain-lain lagi.

Besut juga dikenali sebagai Daerah Ukiran Kayu kerana dapat melahirkan tokoh -tokoh dan Adi Guru Ukiran Kayu yang mencipta nama di peringkat nasional dan antarabangsa. Disini juga ditampilkan produk kebudayaan daerah replika rebana Ubi dan casing terbang serta perarakan kenderaan diiringi dengan persembahan Pasukan GAMUTRA.

Disamping itu, turut ditampilkan produk/mercu tanda yang menjadi daya tarikan baro kepada pelancong seperti Masjid Lapan Kubah, Air Terjun Lata Kolam Air Deru Ecopark, Air Terjun Felda Selasih dan juga Paragliding Park Bukit Bubus venue pertandingan sukan udara peringkat nasional dan antarabangsa.

Dirgahayu Tuanku.

DiKemaskini Pada Isnin, 19 September 2022 08:03
Jumlah Capaian Ke Laman ini :24 kali.
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH BESUT
Kampung Raja, 22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : +609-6956326/6956328
FAX PTB: +609-6953379
FAX PDB:+609-6956930
E-Mail E-mail PDTB :
ptbesut@terengganu.gov.my
pdbesut@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
Info
Perkhidmatan
Pejabat Daerah Dan Tanah
Kaunter Pandu Lalu (Cukai Tanah) dan Balai Khidmat Pelanggan
Pencapaian dan Anugerah
Jadual Bertugas Penyaksian
MS ISO 9001:2015 PTNT Negeri Terengganu
Hakcipta Terpelihara © 2013-2022 Pejabat Daerah Dan Tanah Besut. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Besut tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Piagam Pelanggan | Bantuan | Dasar Keselamatan
Di kemaskini Pada :
Khamis 29 September 2022, 12:21
Jumlah Pelawat :
1138936
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookFeed

mod_vvisit_counterToday217
mod_vvisit_counterYesterday161
mod_vvisit_counterThis week703
mod_vvisit_counterLast week1156
mod_vvisit_counterThis month862
mod_vvisit_counterLast month5620
mod_vvisit_counterAll days1138936

QR Kod PDTB :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Besut