Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
"Prihatin Terhadap Masalah Bersama"
Pertandingan Memancing Udang Merdeka Sungai Tok Gong 2022 PDF Cetak E-mail
Oleh MAZLAN MAT HUSSIN   
Isnin, 29 Agustus 2022 12:51

 

 

Khamis, 25 Ogos 2022 - Suasana di tebing Sungai Tok Gong. Kampung Gong Surau, Mukim Pengkalan Nangka, Besut penuh ceria bila konvoi lebih daripada 40 buah motorsikal yang mengiringi Tuan Pegawai Daerah Besut, Encik Azran Amin bin Mazlan tiba untuk merasmikan Pertandingan Memancing Udang Merdeka Sungai Tok Gong 2022.

Acara bermula pada jam 3.30 petang dengan pergerakan konvoi iringan yang terdiri daripada ahli-ahli Kelab Alternative Rider Club (ARC) itu bertolak dari perkarangan Pejabat Daerah Besut, melalui jambatan Kampung Lampu, Kampung Beris Lampu, Kampung Lay Out Tok Saboh, Kampung Gong Manok, Kampung Baharu dan berakhir di Kampung Gong Surau, sejauh hampir 10 kilometer. Konvoi bermotor itu turut disertai oleh Tuan Haji Azbi bin Salleh, Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut dan Encik Azizan bin Rusli, Penghulu Mukim Pengkalan Nangka.

Menurut saudara Wan Asriazwa bin Wan Husin, iaitu Pengerusi Gabungan 10 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dalam Mukim Pengkalan Nangka, aktiviti pertandingan memancing udang yang julung kalinya diadakan itu sebagai aktiviti mukim. Katanya pertandingan ini telah mendapat sambutan hangat apabila disertai oleh 237 orang peserta yang dating dari seluruh Negeri Terengganu, Kelantan dan lain-lain. Pertandingan tanpa bayaran penyertaan itu menawarkan hadiah-hadiah berupa barangan letrik seperti peti sejuk dua pintu, televisyen dan sebagainya sehingga 20 pemenang.

Pegawai Daerah Besut di dalam Ucapan Perasmiannya melahirkan rasa bangga dengan usaha JPKK-JPKK Mukim Pengkalan Nangka mempromosikan lokasi memancing udang di Sungai Tok Gong, dan berhasrat untuk memasukkan Sungai Tok Gong ke dalam senarai distinasi agro-pelancongan negeri yang akan dimajukan. Turut sama di dalam majlis itu adalah wakil-wakil dari beberapa jabatan seperti Pejabat Daerah Besut (PDB) sendiri, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Kuala Besut, Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS), Majlis Daerah Besut (MDB), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Balai Polis Kuala Besut.


Selepas acara perasmian Tuan Pegawai Daerah bersama beberapa orang jemputan telah dibawa dengan boat laju meninjau suasana Sungai Tok Gong. Acara memancing bermula pada jam 5.00 petang, selepas Solat Asar yang dilakukan di tapak aktiviti itu dan berakhir pada jam 9.30 malam. Penyampaian hadiah dan hamper penyertaan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Azbi bin Salleh, Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut.

 

DiKemaskini Pada Isnin, 29 Agustus 2022 12:56
Jumlah Capaian Ke Laman ini :42 kali.
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH BESUT
Kampung Raja, 22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : +609-6956326/6956328
FAX PTB: +609-6953379
FAX PDB:+609-6956930
E-Mail E-mail PDTB :
ptbesut@terengganu.gov.my
pdbesut@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
Info
Perkhidmatan
Pejabat Daerah Dan Tanah
Kaunter Pandu Lalu (Cukai Tanah) dan Balai Khidmat Pelanggan
Pencapaian dan Anugerah
Jadual Bertugas Penyaksian
MS ISO 9001:2015 PTNT Negeri Terengganu
Hakcipta Terpelihara © 2013-2022 Pejabat Daerah Dan Tanah Besut. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Besut tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Piagam Pelanggan | Bantuan | Dasar Keselamatan
Di kemaskini Pada :
Khamis 29 September 2022, 12:21
Jumlah Pelawat :
1138935
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookFeed

mod_vvisit_counterToday216
mod_vvisit_counterYesterday161
mod_vvisit_counterThis week702
mod_vvisit_counterLast week1156
mod_vvisit_counterThis month861
mod_vvisit_counterLast month5620
mod_vvisit_counterAll days1138935

QR Kod PDTB :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Besut