Taklimat Taklimat Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL) 2020/2021 Peringkat Daerah Besut |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh MAZLAN MAT HUSSIN |
Isnin, 16 November 2020 11:54 |
Pada 12 November 2020 - Taklimat Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL) 2020/2021 Peringkat Daerah Besut telah diadakan di Kota Putera Square, Kampung Raja, Besut. Dalam taklimat ini terdapat 4 agensi yang terlibat memberi taklimat antaranya Polis DiRaja Malaysia Besut, Pejabat Kesihatan Daerah Besut, Pejabat Kebajikan Masyarakat Besut, Angkatan Pertahanan Awam Besut Turut hadir, Ketua – ketua Jabatan dan wakil Jabatan Kerajaan Negeri dan Daerah Negeri Terengganu, Pegawai Penyelaras DUN Jertih, Penghulu – Penghulu Mukim Daerah Besut Pegawai - Pegawai Khas ADUN, Pengerusi dan Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ( MPKK ) Daerah Besut. Tujuan taklimat ini adalah bagi memperkemaskan Standard Operasi Prosedur ( SOP ) dalam Norma Baharu Pandemik COVID-19 di samping memberikan pendedahan kepada Pengerusi dan Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) berhubung peranan yang akan dijalankan jika sekiranya bencana mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh jabatan agensi penyelamat dan sentiasa siap sedia bersama-sama ketika menghadapi bencana dengan tahap kecekapan, stamina dan daya tahan yang tinggi. Dengan taklimat ini juga agensi berkaitan dapat menerangkan dan memperkemaskan Standard Operasi Prosedur (SOP) dalam Norma-Norma Baharu Pandemik COVID-19 untuk dipraktikan oleh agensi penyelamat dan Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam mengendalikan mangsa-mangsa banjir ketika menyelamat dan semasa mereka berada di Pusat-Pusat Pemindahan Sementara (PPS) nanti. Taklimat ini juga kita dapat menguji kecekapan semua agensi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam menghadapi kesukaran dan rintangan yang bakal ditempuhi semasa melaksanakan tugas ketika bencana, juga dapat memperkemaskan saluran komunikasi yang akan digunakan ketika bencana dan menilai kebolehgunaan frekuensi ketika berhubung. Dengan itu juga kita dapat membentuk semangat tolong menolong dan saling bekerjasama di antara agensi dan penduduk setempat ketika bencana.
|
DiKemaskini Pada Isnin, 16 November 2020 12:32
Jumlah Capaian Ke Laman ini :146 kali. |
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Piagam Pelanggan | Bantuan | Dasar Keselamatan |
Di kemaskini Pada : |
Rabu 31 Mac 2021, 15:39
|
Jumlah Pelawat : | 1035967 | (Statistik Penuh) |
|