Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
"Prihatin Terhadap Masalah Bersama"
Kursus Tahsin Al-Quran Bersama Johan Qari Antarabangsa 2003, Dato' Ahmad Faizul Ghazali PDF Cetak E-mail
Oleh MAZLAN MAT HUSSIN   
Selasa, 06 Oktober 2020 14:48

 

 

Pada 3 Oktober 2020 - Seramai 200 orang hadir mengikuti Kursus Tahsin Al-Quran Bersama Johan Qari Antarabangsa 2003, Dato' Ahmad Faizul Ghazali, yang berlangsung di Masjid Nasiruddin Shah, Kampung Raja. Kursus ini telah dirasmikan oleh Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Dr. Riduan Mohamad Nor.

Dalam ucapan beliau berkata "Saya menyeru tuan-tuan dan puan-puan, dalamilah al-Quran kerana Nabi SAW bersabda, "sebaik baik kamu adalah barangsiapa yang mengajarkan dan belajar al-Quran".

"Nabi juga menunjukan bagaimana cara mengajar dan belajar al-Quran melalui malaikat Jibril. Dengan erti kata, ada ruang hubungan, 'musyafahah', 'talaqi' di antara kita dengan pendidik dan para alim al-Quran untuk kita mudah faham tentang al-Quran," katanya ketika berucap merasmikan kursus tersebut .

Hadir sama dalam kursus anjuran Pejabat Daerah Besut itu, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Penolong Kanan Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah( Pengurusan ), Penghulu-Penghulu Mukim, para imam, bilal dan masyarakat setempat dengan kehadiran yang ditetapkan adalah terhad.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengingatkan masyarakat agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan kerana pesakit wabak COVID-19 sudah melebihi angka tiga juta di seluruh dunia sekarang.

 

DiKemaskini Pada Selasa, 06 Oktober 2020 15:30
Jumlah Capaian Ke Laman ini :19 kali.
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH BESUT
Kampung Raja, 22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : +609-6956326/6956328
FAX PTB: +609-6953379
FAX PDB:+609-6956930
E-Mail E-mail PDTB :
ptbesut@terengganu.gov.my
pdbesut@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
Info
Perkhidmatan
Pejabat Daerah Dan Tanah
Kaunter Pandu Lalu (Cukai Tanah) dan Balai Khidmat Pelanggan
Pencapaian dan Anugerah
Jadual Bertugas Penyaksian
MS ISO 9001:2015 PTNT Negeri Terengganu
Hakcipta Terpelihara © 2013-2019 Pejabat Daerah Dan Tanah Besut. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Besut tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Piagam Pelanggan | Bantuan | Dasar Keselamatan
Di kemaskini Pada :
Isnin 16 November 2020, 12:32
Jumlah Pelawat :
977223
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookFeed

mod_vvisit_counterToday190
mod_vvisit_counterYesterday353
mod_vvisit_counterThis week1170
mod_vvisit_counterLast week1690
mod_vvisit_counterThis month5968
mod_vvisit_counterLast month11976
mod_vvisit_counterAll days977223

QR Kod PDTB :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Besut