Majlis Ramah Mesra Dan Dialog Bersama Pemandu Teksi Daerah Besut |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh MAZLAN MAT HUSSIN |
Selasa, 15 September 2020 18:19 |
Pada 12 September 2020- Majlis Ramah Mesra Dan Dialog Bersama Pemandu Teksi Daerah Besut telah diadakan di Dataran Muara Kuala Besut, Besut yang dirasmikan oleh Y.B Ustaz Ariffin bin Deraman Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Dan Teknologi Maklumat. Kerajaan negeri mengambil inisiatif memberi ganjaran RM11,000 kepada pemandu teksi di daerah ini sebagai menghargai jasa golongan terbabit dalam industri pelancongan. Majlis dialog bersama para pemandu teksi juga diadakan bagi memberi laluan kepada barisan hadapan sektor pelancongan itu untuk mengutarakan aduan. Hadir sama, Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Besut, Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Penghulu-Penghulu Mukim Daerah Besut dan Ahli-Ahli Persatuan Pemandu Teksi Daerah Besut. Majlis dialog ini bertujuan untuk mengumpul dan menjawab isu-isu pemandu teksi daerah Besut, sebarang cadangan lain turut akan diambil kira dan diutarakan kepada kerajaan negeri. Program ini turut disertakan dengan sumbangan kepada pemandu-pemandu teksi sebagai tanda cakna kerajaan terhadap ‘frontliner’ sektor pelancongan.
|
DiKemaskini Pada Ahad, 20 September 2020 08:54
Jumlah Capaian Ke Laman ini :66 kali. |
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Piagam Pelanggan | Bantuan | Dasar Keselamatan |
Di kemaskini Pada : |
Isnin 11 Januari 2021, 15:43
|
Jumlah Pelawat : | 998466 | (Statistik Penuh) |
|