Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
"Prihatin Terhadap Masalah Bersama"

Majlis Perasmian Program Kampung Budaya bertempat di Perkarangan Kompleks Muzium Terengganu

DiKemaskini Pada Isnin, 07 September 2020 14:33 Oleh MAZLAN MAT HUSSIN Isnin, 07 September 2020 09:44

 

Pada 3 September 2020 – Majlis Perasmian Program Kampung Budaya bertempat di Perkarangan Kompleks Muzium Terengganu telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.

Kampung Budaya Terengganu yang berkonsepkan muzium hidup itu merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk mewujudkan ‘one stop centre’ yang menghimpunkan pelbagai seni budaya warisan dari seluruh Terengganu.

Berlatarbelakangkan suasana kehidupan sebenar masyarakat Melayu lama, kampung budaya ini merupakan kesempatan terbaik bagi pelancong untuk beramai-ramai datang ke Terengganu dan merasai pengalaman percutian bersejarah.

Kampung Budaya Terengganu juga merupakan platform terbaik untuk anak-anak muda mengenali sebahagian dari tradisi nenek moyang mereka kerana selain dapat merasai kepelbagaian suasana masyarakat di Terengganu, terdapat juga permainan dan peralatan tradisional yang tidak pernah dilihat oleh generasi hari ini.

Selain memaparkan lapan elemen penting dalam warisan sejarah Melayu Terengganu iaitu Rumah Bujang Berserambi atau Istana Tengku Nik; Rumah Limas Belanda; Rumah Bujang Berpeleh; Rumah Bujang Berserambi Selasar; Rumah Limas Bungkus atau Istana Tengku Long; Galeri Pelayaran; Rumah Nelayan dan Laman Warisan, Kampung Budaya Terengganu turut menempatkan dua perahu besar tinggalan sejarah.

Setiap elemen tersebut mempunyai identiti yang sinonim dengan setiap daerah di Terengganu dan diuruskan oleh pejabat daerah masing-masing yang digelarkan ‘bapa angkat’. Pejabat Daerah Besut adalah ‘bapa angkat’ kepada Rumah Bujang Berserambi Selasar. Antara persembahan/ pemeran yang turut disajikan adalah pameran barang-barang lama demontrasi ukiran kayu, sukan rakyat sepak bulu ayam, tarik upih pinang, berzanji dan berbagai lagi.

 

Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH BESUT
Kampung Raja, 22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : +609-6956326/6956328
FAX PTB: +609-6953379
FAX PDB:+609-6956930
E-Mail E-mail PDTB :
ptbesut@terengganu.gov.my
pdbesut@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
Info
Perkhidmatan
Pejabat Daerah Dan Tanah
Kaunter Pandu Lalu (Cukai Tanah) dan Balai Khidmat Pelanggan
Pencapaian dan Anugerah
Jadual Bertugas Penyaksian
MS ISO 9001:2015 PTNT Negeri Terengganu
Hakcipta Terpelihara © 2013-2019 Pejabat Daerah Dan Tanah Besut. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Besut tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Piagam Pelanggan | Bantuan | Dasar Keselamatan
Di kemaskini Pada :
Isnin 30 November 2020, 09:14
Jumlah Pelawat :
980867
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookFeed

mod_vvisit_counterToday265
mod_vvisit_counterYesterday244
mod_vvisit_counterThis week2179
mod_vvisit_counterLast week2635
mod_vvisit_counterThis month1298
mod_vvisit_counterLast month8314
mod_vvisit_counterAll days980867

QR Kod PDTB :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Besut