Majlis Perasmian Penutup Tilawah Al-Quran Al- Qarim Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1441H/2020M |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh MAZLAN MAT HUSSIN |
Khamis, 30 Januari 2020 00:00 |
Majlis Perasmian Penutup Tilawah Al-Quran Al- Qarim Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1441H/2020M pada 23 Januari 2020 bersamaan 27 Jamadilawal 1441 ( Khamis ) jam 11.00 pagi bertempat di Dewan Merdeka, Kota Putera Square, Besut telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar Menteri Besar Terengganu. Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri di Dewan Merdeka, Kota Putera Square Besut telah disempurnakan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 23 Januari 2020 bersamaan 27 Jamadilawal 1441 ( Khamis ) jam 9.00 malam. Qari berasal dari Kuala Terengganu, Abdul Hadi Che Abdul Halim dan Qariah dari Sungai Tong, Setiu, Nor Jannah Abd Rahman muncul selaku johan lelaki dan wanita pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu tahun ini. Selaku johan, mereka membawa pulang wang tunai RM8,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan setiap seorang.
|
DiKemaskini Pada Khamis, 06 Februari 2020 12:19
Jumlah Capaian Ke Laman ini :186 kali. |
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Piagam Pelanggan | Bantuan | Dasar Keselamatan |
Di kemaskini Pada : |
Isnin 11 Januari 2021, 15:43
|
Jumlah Pelawat : | 998488 | (Statistik Penuh) |
|