Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
"Prihatin Terhadap Masalah Bersama"
Majlis Perasmian Pembukaan tilawah Al-Quran Al- Qarim Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1441H/2020M PDF Cetak E-mail
Oleh MAZLAN MAT HUSSIN   
Khamis, 23 Januari 2020 18:29

 

Majlis Perasmian Pembukaan Tilawah Al-Quran Al- Qarim Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1441H/2020M pada 21 Januari 2020 bersamaan 25 Jamadilawal 1441 ( Selasa ) jam 8.30 malam bertempat di Dewan Merdeka, Kota Putera Square, Besut telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar Menteri Besar Terengganu.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato’ Mohd Zahari Md Azahar, Pegawai Kewangan Negeri, Dato Mohd Zainal Abidin Hussin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah ,Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaaan Negeri, Pegawai Daerah Besut dan juga Ketua-Ketua Jabatan Daerah besut.

Majlis Tilawah Al Quran ini adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Terengganu dan ianya telah menjangkau usia 63 tahun. Buat julung kalinya Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan pada tahun 1960 di Padang Paya Bunga Kuala Terengganu. Pihak kerajaan amat komited untuk memartabatkan program-program berkaitan AL Quran di negeri ini ke arah melahirkan generasi Al Quran yang bertaqwa kepada Allah.

Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri melalui bajet 2020, telah meneruskan peruntukan Skim Hafazan Al Quran dewasa terbuka yang telah dijalankan sejak tahun 1982 lagi. Di samping itu, sebanyak RM 7.85 juta diperuntukkan di bawah Skim Mus’ab Bin Umair sebagai pembayaran elaun guru pintar quran. Manakala RM 5 juta pula diperuntukkan untuk pembinaan Kolej Universiti Al Quran.

Pembukaan majlis perasmian telah disajikan dengan persembahan sajak yang bertajuk ‘Di hadapan Al Quran’ karya Kemala yang telah disampaikan oleh saudara Mohd Anuar Bin Mohd Sidek dari SUKTRA Terengganu. Kemudian disusuli dengan Persembahan Nasyid dari Kumpulan SUKTRA yang bertajuk “Al Quran”. Majlis malam tadi juga diimarahkan dengan kehadiran orang ramai yang mencecah hampir 2000 orang yang terdiri daripada penduduk setempat dan kawasan sekitar

 

 

DiKemaskini Pada Khamis, 06 Februari 2020 12:04
Jumlah Capaian Ke Laman ini :17 kali.
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH BESUT
Kampung Raja, 22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : +609-6956326/6956328
FAX PTB: +609-6953379
FAX PDB:+609-6956930
E-Mail E-mail PDTB :
ptbesut@terengganu.gov.my
pdbesut@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
Info
Perkhidmatan
Pejabat Daerah Dan Tanah
Kaunter Pandu Lalu (Cukai Tanah) dan Balai Khidmat Pelanggan
Pencapaian dan Anugerah
Jadual Bertugas Penyaksian
MS ISO 9001:2015 PTNT Negeri Terengganu
Hakcipta Terpelihara © 2013-2019 Pejabat Daerah Dan Tanah Besut. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Besut tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Piagam Pelanggan | Bantuan | Dasar Keselamatan
Di kemaskini Pada :
Khamis 05 Mac 2020, 14:15
Jumlah Pelawat :
938564
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookFeed

mod_vvisit_counterToday26
mod_vvisit_counterYesterday135
mod_vvisit_counterThis week161
mod_vvisit_counterLast week833
mod_vvisit_counterThis month1313
mod_vvisit_counterLast month4026
mod_vvisit_counterAll days938564

QR Kod PDTB :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Besut