Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
"Prihatin Terhadap Masalah Bersama"
PROGRAM BESUT FEST 2019 PDF Cetak E-mail
Oleh MAZLAN MAT HUSSIN   
Khamis, 02 Januari 2020 11:30

Program Besut Fest 2019 anjuran Pejabat Daerah Besut dengan kerjasama Majlis Daerah Besut dan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu telah diadakan di Dewan Merdeka, Kota Putera Square, Kampung Raja, Besut pada 24 hingga 31 Disember 2019. Program ini telah dirasmikan oleh YB Ustaz Ariffin bin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan & Teknologi Maklumat Merangkap ADUN Alor Limbat dan merupakan kesinambungan daripada Program Besut Fest 1.0 2018 yang diadakan pada bulan November 2018.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang 8 hari program ini berlangsung antaranya pertandingan Meh Mengdoodle, Dam Aji, E-Sport, Meh Main Dart, Fun Run Amal Bersama Omar & Hana, Mewarna Bersama McDonalds, Jom Masak-Masak, Meriah Bersama SSPN dan Fun Ride Amal Pegawai Daerah Bersama Komuniti. Pertandingan-pertandingan yang diadakan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dimana ramai penyertaan luar daripada daerah dan negeri yang turut serta. Selain daripada itu, terdapat juga gerai-gerai jualan, Pameran Jabatan Kerajaan dan Agensi Swasta, Mini 'Fun Fair' serta persembahan Kesenian & Kebudayaan disediakan untuk pengunjung.

Disamping itu juga, pihak penganjur turut menyediakan hadiah cabutan bertuah harian dan BONANZA untuk menarik orang ramai mengunjungi program ini. Setiap resit pembelian melayakkan pengunjung untuk memenangi hadiah cabutan bertuah dan pengunjung yang membuat pembelian melebihi RM100.00 berpeluang untuk memenangi cabutan hadiah BONANZA iaitu sebuah motosikal. Majlis Penutup Program Besut Fest 2019 yang diadakan pada 31 Disember 2019 jam 8.30 malam telah dihadiri oleh Tuan Pegawai Daerah Besut dan isteri, Yang Dipertua Majlis Daerah Besut dan Ketua Polis Daerah Besut.

 

 

DiKemaskini Pada Khamis, 02 Januari 2020 12:42
Jumlah Capaian Ke Laman ini :27 kali.
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH BESUT
Kampung Raja, 22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : +609-6956326/6956328
FAX PTB: +609-6953379
FAX PDB:+609-6956930
E-Mail E-mail PDTB :
ptbesut@terengganu.gov.my
pdbesut@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
Info
Perkhidmatan
Pejabat Daerah Dan Tanah
Kaunter Pandu Lalu (Cukai Tanah) dan Balai Khidmat Pelanggan
Pencapaian dan Anugerah
Jadual Bertugas Penyaksian
MS ISO 9001:2015 PTNT Negeri Terengganu
Hakcipta Terpelihara © 2013-2019 Pejabat Daerah Dan Tanah Besut. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Besut tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Piagam Pelanggan | Bantuan | Dasar Keselamatan
Di kemaskini Pada :
Khamis 05 Mac 2020, 14:15
Jumlah Pelawat :
926061
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookFeed

mod_vvisit_counterToday32
mod_vvisit_counterYesterday70
mod_vvisit_counterThis week302
mod_vvisit_counterLast week853
mod_vvisit_counterThis month32
mod_vvisit_counterLast month2988
mod_vvisit_counterAll days926061

QR Kod PDTB :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Besut