PROGRAM BESUT FEST 2019 |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh MAZLAN MAT HUSSIN |
Khamis, 02 Januari 2020 11:30 |
Program Besut Fest 2019 anjuran Pejabat Daerah Besut dengan kerjasama Majlis Daerah Besut dan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu telah diadakan di Dewan Merdeka, Kota Putera Square, Kampung Raja, Besut pada 24 hingga 31 Disember 2019. Program ini telah dirasmikan oleh YB Ustaz Ariffin bin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan & Teknologi Maklumat Merangkap ADUN Alor Limbat dan merupakan kesinambungan daripada Program Besut Fest 1.0 2018 yang diadakan pada bulan November 2018. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang 8 hari program ini berlangsung antaranya pertandingan Meh Mengdoodle, Dam Aji, E-Sport, Meh Main Dart, Fun Run Amal Bersama Omar & Hana, Mewarna Bersama McDonalds, Jom Masak-Masak, Meriah Bersama SSPN dan Fun Ride Amal Pegawai Daerah Bersama Komuniti. Pertandingan-pertandingan yang diadakan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dimana ramai penyertaan luar daripada daerah dan negeri yang turut serta. Selain daripada itu, terdapat juga gerai-gerai jualan, Pameran Jabatan Kerajaan dan Agensi Swasta, Mini 'Fun Fair' serta persembahan Kesenian & Kebudayaan disediakan untuk pengunjung. Disamping itu juga, pihak penganjur turut menyediakan hadiah cabutan bertuah harian dan BONANZA untuk menarik orang ramai mengunjungi program ini. Setiap resit pembelian melayakkan pengunjung untuk memenangi hadiah cabutan bertuah dan pengunjung yang membuat pembelian melebihi RM100.00 berpeluang untuk memenangi cabutan hadiah BONANZA iaitu sebuah motosikal. Majlis Penutup Program Besut Fest 2019 yang diadakan pada 31 Disember 2019 jam 8.30 malam telah dihadiri oleh Tuan Pegawai Daerah Besut dan isteri, Yang Dipertua Majlis Daerah Besut dan Ketua Polis Daerah Besut.
|
DiKemaskini Pada Khamis, 02 Januari 2020 12:42
Jumlah Capaian Ke Laman ini :200 kali. |
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Piagam Pelanggan | Bantuan | Dasar Keselamatan |
Di kemaskini Pada : |
Isnin 11 Januari 2021, 15:43
|
Jumlah Pelawat : | 998475 | (Statistik Penuh) |
|