Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut


Menu

Majlis Tilawah Al- Quran 1441H/ 2019M Peringkat Daerah Besut

DiKemaskini Pada Isnin, 09 Desember 2019 16:10 Oleh MAZLAN MAT HUSSIN Isnin, 09 Desember 2019 12:00

 

Pada 8 Disember 2019- Majlis Tilawah Al- Quran 1441H/ 2019M Peringkat Daerah Besut telah diadakan di Masjid Al- Islah, Seberang Limbungan, Besut yang dirasmikan oleh Y.B. Haji Mohd Nurkhuzaini Bin Ab. Rahman Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Penjaja Merangkap ADUN Kawasan Kota Putera.

Majlis yang berlangsung di Masjid Al- Islah, Seberang Limbungan turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Besut yang diwakili oleh Ketua Penolong Pentadbir Tanah , Pengerusi Penyelaras Parlimen Besut, Pengerusi Penyelaras DUN Jertih, Ketua-Ketua Jabatan, Penghulu-Penghulu Mukim, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Kota Putera serta masyarakat setempat. Pada tahun ini kita telah memilih 10 orang peserta iaitu 5 qari dan 5 qariah untuk ke Peringkat Akhir Daerah Besut.

Penganjuran Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Besut ini merupakan acara tahunan dan ia merupakan usaha yang berterusan ke arah memartabatkan syiar dan syariat Islam sejajar dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan bagi Negara Malaysia.

 

Dialog

Message