Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut


Menu
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Daerah Besut 2019 PDF Cetak E-mail
Oleh MAZLAN MAT HUSSIN   
Selasa, 02 July 2019 12:28

 

 

Pada 1 Julai 2019 - Telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Daerah Besut Tahun 2019 bertempat di Kota Putera Square, Kampung Raja, Besut. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini adalah anjuran Pejabat Daerah Dan Tanah Besut dengan kerjasama semua agensi kerajaan dan juga semua Pejabat Penyelaras DUN Daerah Besut.

Majlis ini diadakan bagi bertemu mesra mengeratkan silaturahim dan bermaaf-maafan sempena Hari Raya Aidilfitri disamping menikmati pelbagai juadah yang disediakan. Pejabat Daerah Dan Tanah Besut turut mengambil bahagian dalam menyerikan lagi majlis dengan menyediakan gerai pelbagai minuman kepada pengunjung.

Majlis Sambutan Hari Raya ini telah dirasmikan oleh YB. Haji Nurkhuzaini bin Ab. Rahman Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan Sumber Manusia, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Penjaja.

 

DiKemaskini Pada Selasa, 02 July 2019 14:39
Jumlah Capaian Ke Laman ini :29 kali.
 
Dialog

Message