Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut


Menu

Majlis Sambutan Program Jom Singgoh Pekan Budaya Besut Terengganuku Comel & Jelajah Warisan Terengganu (JWT) 2019

DiKemaskini Pada Isnin, 29 April 2019 17:31 Oleh MAZLAN MAT HUSSIN Isnin, 29 April 2019 17:21

 

 

Pada 28 April 2019- Majlis Sambutan Program Jom Singgoh Pekan Budaya Besut Terengganuku Comel & Jelajah Warisan Terengganu (JWT) 2019 telah merasmikan oleh YB. Ustaz Sulaiman Bin Sulong Timbalan Pengerusi 1 Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan Dan Teknologi Maklumat Merangkap ADUN Pengkalan Berangan.

Turut hadir Pegawai Daerah Besut, Ketua-Ketua Jabatan, Penghulu-Penghulu Mukim, Penyelaras-Penyelars DUN Naib Yang Dipertua, Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia ( PERDASAMA ) Cawangan Terengganu, Yang Di Pertua, Majlis Kebudayaan Daerah Besut , Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Badan-Badan NGO dan juga penduduk setempat.

Dalam majlis tersebut terdapat persembahan daripada  Majlis Kebudayaan Daerah Besut iaitu persembahan gamutra, persembahan dikir barat dan juga pemeran booth booth Jabatan. Cabutan bertuah juga turut diadakan bagi memeriah lagi majlis tersebut. Di akhir majlis Yang Berhormat Ustaz sempat melawat booth-booth pameran jabatan bersama dif-dif jemputan.

 

Dialog

Message