Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut


Menu

Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1440H/2018M Peringkat Daerah Besut

DiKemaskini Pada Ahad, 09 Desember 2018 17:40 Oleh MAZLAN MAT HUSSIN Ahad, 09 Desember 2018 16:39

Pada 6 Disember 2018- Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW 1440H/2018M Peringkat Daerah Besut telah diadakan di Dewan Kota Putera Square, Kota Putera, Besut yang dirasmikan oleh YB. Haji Mohd Nurkhuzaini Bin Ab. Rahman Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro & Hal Ehwal Penjaja Merangkap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kota putera.

Seramai 2000 orang peserta  telah menyertai perarakan tersebut yang terdiri daripada barisan MPKK dan agensi kerajaan, swasta, serta IPT di sekitar daerah Besut . Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini telah mendapat kehadiran Sahibus Samahah Dato Dr. Hj. Zulkifly bin Hj. Muda Mufti Negeri Terengganu. Beliau juga menyampaikan ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul.

Turut hadir bersama Penyelaras Parlimen Besut, Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor, Penyelaras Dun Kuala Besut, Haji Azbi Salleh, Penyelaras Dun Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohamad dan juga Penyelaras Dun Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

 

Dialog

Message