Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
"Prihatin Terhadap Masalah Bersama"
Pejabat Daerah Besut menyertai Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2018 PDF Cetak E-mail
Oleh MAZLAN MAT HUSSIN   
Rabu, 05 September 2018 10:11

Pada 31 Ogos 2018- Pejabat Daerah Besut telah menyertai Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu. Seramai 5,000 rakyat Terengganu tidak melepaskan peluang menyertai sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri dan tidak berganjak menonton perarakan yang diadakan di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Semangat patriotik rakyat negeri ini tidak boleh disangkal apabila setia bersama 84 kontinjen yang menyertai perarakan Hari Merdeka bertemakan Sayangi Malaysiaku.

Turut berkenan menghadiri sambutan Hari Kebangsaan itu ialah Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin dan adinda, Tengku Nadhirah Zahrah.

Turut mengiringi baginda, Menteri Besar, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk A Rahman Yahya serta barisan kepimpinan negeri.

Sebanyak 84 kontinjen membabitkan 3,903 peserta mengambil bahagian dalam perbarisan yang terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan, badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri, syarikat korporat, institusi pengajian, kumpulan pancaragam dan badan bukan kerajaan (NGO).

Persembahan bertenaga dari Pejabat Daerah Dan Tanah Besut mendapat tempat Ke-3 dalam pembarisan tersebut dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,000

 

DiKemaskini Pada Rabu, 05 September 2018 10:20
Jumlah Capaian Ke Laman ini :191 kali.
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH BESUT
Kampung Raja, 22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : +609-6956326/6956328
FAX PTB: +609-6953379
FAX PDB:+609-6956930
E-Mail E-mail PDTB :
ptbesut@terengganu.gov.my
pdbesut@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
Info
Perkhidmatan
Pejabat Daerah Dan Tanah
Kaunter Pandu Lalu (Cukai Tanah) dan Balai Khidmat Pelanggan
Pencapaian dan Anugerah
Jadual Bertugas Penyaksian
Soal Jawab MS ISO 9001:2008 PTNT Negeri Terengganu
Hakcipta Terpelihara © 2013-2015 Pejabat Daerah Dan Tanah Besut. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Besut tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Piagam Pelanggan | Bantuan | Dasar Keselamatan
Di kemaskini Pada :
Ahad 18 November 2018, 15:34
Jumlah Pelawat :
869882
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookFeed

mod_vvisit_counterToday190
mod_vvisit_counterYesterday263
mod_vvisit_counterThis week1156
mod_vvisit_counterLast week1861
mod_vvisit_counterThis month5575
mod_vvisit_counterLast month7705
mod_vvisit_counterAll days869882

QR Kod PDTB :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Besut