Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut


Menu

Majlis Pelantikan Pengerusi dan Ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Daerah Besut

DiKemaskini Pada Khamis, 09 Agustus 2018 11:22 Oleh MAZLAN MAT HUSSIN Khamis, 09 Agustus 2018 10:12

 

Pada 7 Ogos 2018- Majlis Pelantikan Pengerusi dan Ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang sebelum ini dikenali dengan nama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) sesi 2018/2020 bagi Daerah Besut. Majlis tersebut berlangsung di Kota Putera Squere, Kota Putura, Besut yang dirasmikan oleh YB. Dr. Azman Bin Ibrahim Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu Merangkap  Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jabi.

Turut hadir pada majlis tersebut Yab Haji Mohd Nurkhuzaini Bin Ab. Rahman PengerusiJawatankuasa Keusahawanan, Imdustri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri Terengganu Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kota Putera, Tuan Haji Shahidan Bin Embok Pegawai Daerah Besut yang diwakili oleh Haji Zahanapi Bin Sagaf Ketua Penolong Pegawai Daerah, Ketua-Ketua Jabatan, Penhulu-Penghulu Mukim bagi memeriahkan majlis tersebut.

 

 

Dialog

Message