Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut


Menu

Ekspo Terengganu 2018

DiKemaskini Pada Isnin, 05 Mac 2018 18:10 Oleh MAZLAN MAT HUSSIN Isnin, 05 Mac 2018 18:02

 

 

Pada 3 Mac 2018 - Pejabat Daerah Besut telah menyertai Ekspo Terengganu 2018 yang diadakan di pekarangan Kompleks Sukan Negeri 25 hingga 3 Mac 2018.

Pelbagai hadiah lumayan, termasuk tanah, rumah dan kereta bernilai lebih RM1.5 juta bakal dimiliki pengunjung Ekspo Terengganu 2018

Program dan aktiviti menarik disusun sepanjang ekspo berlangsung, bertujuan memberi pendedahan kepada rakyat mengenai kejayaan pembangunan yang dilakar Terengganu.

Ekspo itu juga menyediakan lebih 200 lot jualan produk industri kecil dan sederhana (IKS), 64 peniaga car boot sale, 55 peniaga kenderaan saji dan 20 peniaga T-Kitchen.

Pengunjung juga berpeluang beramah mesra dengan selebriti dan atlet negara, menonton persembahan kebudayaan dan mereka yang mencari pekerjaan, boleh mengikuti temu duga terbuka.

Seramai 400,000 dijangka mengunjungi ekspo yang berlangsung selama tujuh hari itu.

Dialog

Message