Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
"Prihatin Terhadap Masalah Bersama"
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim membuat lawatan mangsa banjir di Besut PDF Cetak E-mail
Oleh MAZLAN MAT HUSSIN   
Khamis, 30 November 2017 17:39

 

 

 

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim membuat lawatan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bertempat di Sekolah Kebangsaan Kuala Besut 2. Lawatan itu diikuti bersama Timbalan Ketua Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pesuruhjaya Datuk Selamat Dahalan, W Ismail Sahaimi bin W Omar, Pegawai Daerah Besut, Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman ADUN Kuala Besut juga Pegawai-Pegawai daripada Pejabat Daerah Dan Tanah Besut

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, jika terdapat sebarang amaran atau petanda banjir akan berlaku, pusat pemindahan sudah siap untuk dibuka dengan para petugas yang sentiasa bersedia untuk menerima mangsa banjir.

Menurutnya, kesemua pusat pemindahan akan menerima bekalan makanan segar setiap hari untuk disajikan kepada mangsa-mangsa banjir selain dibekalkan dengan makanan kering.

"Pusat pemindahan sementara di pantau oleh wakil rakyat dan diuruskan oleh agensi-agensi kerajaan termasuk badan bukan kerajaan bagi memastikan kesemua mangsa mendapat bantuan dan perhatian yang sewajarnya.

"Berdasarkan jangkaan Jabatan Meteorologi Malaysia, selepas ini terdapat lima lagi gelombang banjir dan kesiap siagaan semua pihak perlu dimantapkan dari masa ke semasa," katanya.

Terdahulu Shahidan meluangkan masa kira-kira satu jam untuk meninjau persiapan dan menemui mangsa banjir di pusat pemindahan sementara Sekolah Kebangsaan Kuala Besut 2.

 

 

 

 

DiKemaskini Pada Khamis, 30 November 2017 19:16
Jumlah Capaian Ke Laman ini :199 kali.
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH BESUT
Kampung Raja, 22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : +609-6956326/6956328
FAX PTB: +609-6953379
FAX PDB:+609-6956930
E-Mail E-mail PDTB :
ptbesut@terengganu.gov.my
pdbesut@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
Info
Perkhidmatan
Pejabat Daerah Dan Tanah
Kaunter Pandu Lalu (Cukai Tanah) dan Balai Khidmat Pelanggan
Pencapaian dan Anugerah
Jadual Bertugas Penyaksian
Soal Jawab MS ISO 9001:2008 PTNT Negeri Terengganu
Hakcipta Terpelihara © 2013-2015 Pejabat Daerah Dan Tanah Besut. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Besut tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Piagam Pelanggan | Bantuan | Dasar Keselamatan
Di kemaskini Pada :
Isnin 16 April 2018, 17:33
Jumlah Pelawat :
821997
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookFeed

mod_vvisit_counterToday256
mod_vvisit_counterYesterday211
mod_vvisit_counterThis week256
mod_vvisit_counterLast week1615
mod_vvisit_counterThis month6582
mod_vvisit_counterLast month8154
mod_vvisit_counterAll days821997

QR Kod PDTB :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Besut