Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
"Prihatin Terhadap Masalah Bersama"
Politeknik Besut akan dibangunkan PDF Cetak E-mail
Oleh MAZLAN MAT HUSSIN   
Ahad, 08 Oktober 2017 08:23

Pada 6 Oktober 2017-Penekanan kerajaan untuk memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknokal dan Vokasional (TVET) sejak tahun 2013 mula menampakkan impak apabila 50 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini didapati telah memilih untuk menyambung pelajaran di politeknik di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkembangan positif itu mampu merealisasi hasrat kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja bermahiran tinggi dan separa mahir dalam kalangan warga asing pada masa hadapan.

Beliau berkata, lebih membanggakan 85 peratus daripada graduan lepasan politeknik pada masa ini memperolehi pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian masing-masing.

"Kerajaan memberi penekanan terhadap TVET dan saya berharap dengan adanya politeknik ke-34 dan ke-35 masing-masing di Besut dan Bagan Datuk (Perak) ini, kita dapat melahirkan lebih ramai pekerja bermahiran tinggi dan separa mahir untuk memenuhi keperluan negara.

"Oleh itu, kita dapat menghentikan pengambilan pekerja bermahiran tinggi dan separa mahir asing pada masa akan datang. Mungkin selepas ini, kita hanya mengambil pekerja asing bagi pekerjaan 3D (sukar, bahaya dan kotor)," katanya.

Beliau berkata demikian merasmikan majlis pecah tanah Politeknik Besut yang bakal menelan belanja RM167 juta di kawasan seluas 28 hektar di Bukit Keluang.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman.

 

DiKemaskini Pada Ahad, 08 Oktober 2017 08:35
Jumlah Capaian Ke Laman ini :11 kali.
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH BESUT
Kampung Raja, 22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : +609-6956326/6956328
FAX PTB: +609-6953379
FAX PDB:+609-6956930
E-Mail E-mail PDTB :
ptbesut@terengganu.gov.my
pdbesut@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
Info
Perkhidmatan
Pejabat Daerah Dan Tanah
Kaunter Pandu Lalu (Cukai Tanah) dan Balai Khidmat Pelanggan
Pencapaian dan Anugerah
Jadual Bertugas Penyaksian
Soal Jawab MS ISO 9001:2008 PTNT Negeri Terengganu
Hakcipta Terpelihara © 2013-2015 Pejabat Daerah Dan Tanah Besut. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Besut tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Piagam Pelanggan | Bantuan | Dasar Keselamatan
Di kemaskini Pada :
Ahad 08 Oktober 2017, 08:35
Jumlah Pelawat :
766623
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookFeed

mod_vvisit_counterToday30
mod_vvisit_counterYesterday215
mod_vvisit_counterThis week1368
mod_vvisit_counterLast week1833
mod_vvisit_counterThis month4628
mod_vvisit_counterLast month6868
mod_vvisit_counterAll days766623

QR Kod PDTB :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Besut