Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
"Prihatin Terhadap Masalah Bersama"
UMT lancar Studio al-Quran Ulul Albab pertama di Malaysia PDF Cetak E-mail
Oleh MAZLAN MAT HUSSIN   
Ahad, 01 Oktober 2017 14:19

 

 

Pada 29 September 2017- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mencatat kejayaan baharu apabila membangunkan Studio al-Quran Ulul Albab, yang pertama seumpamanya di negara ini.

Studio berteknologi tinggi berharga RM100,000 itu dibina di Kampung Raja bertujuan memperkasakan pembentukan generasi Ulul Albab, khususnya dalam aspek pembacaan al-Quran.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata ia dibangunkan menerusi projek komuniti di bawah Pusat Pendidikan Asas dan Liberal (PPAL) UMT dengan kerjasama Majlis Kebajikan Pelajaran Besut (MKPB).

Katanya, ia mendedahkan pelajar kepada kaedah baharu pembacaan al-Quran menerusi teknologi dan teknik pembelajaran interaktif menerusi penggunaan al-Quran digital dan teknologi maya.

Beliau berkata, bacaan al-Quran setiap peserta di dalam studio kedap suara itu juga akan dirakam secara audio dan visual.

Studio itu juga, katanya, bakal menjadi pusat latihan vokal khusus untuk taranum, selain pusat rujukan masyarakat termasuk imam, guru al-Quran, pelajar sekolah dan penuntut universiti. Bacaan akan direkodkan dalam 'spectrogram', iaitu aplikasi untuk mengesan suara, memeriksa gelombang bacaan serta kadar harakat bacaan.

Ia memudahkan proses pembelajaran dan mengenal pasti kesalahan. Malah, bacaan juga dirakam secara audio dan visual bagi memudahkan proses menilai prestasi perkembangan dan kemajuan pelajar sepanjang tempoh pembelajaran.

Studio al-Quran berkenaan yang beroperasi sejak dua bulan lalu mampu melatih 30 peserta bagi setiap sesi pembelajaran dan mengambil masa setahun untuk tamat.

 

DiKemaskini Pada Ahad, 01 Oktober 2017 14:26
Jumlah Capaian Ke Laman ini :94 kali.
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH BESUT
Kampung Raja, 22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : +609-6956326/6956328
FAX PTB: +609-6953379
FAX PDB:+609-6956930
E-Mail E-mail PDTB :
ptbesut@terengganu.gov.my
pdbesut@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
Info
Perkhidmatan
Pejabat Daerah Dan Tanah
Kaunter Pandu Lalu (Cukai Tanah) dan Balai Khidmat Pelanggan
Pencapaian dan Anugerah
Jadual Bertugas Penyaksian
Soal Jawab MS ISO 9001:2008 PTNT Negeri Terengganu
Hakcipta Terpelihara © 2013-2015 Pejabat Daerah Dan Tanah Besut. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Besut tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Piagam Pelanggan | Bantuan | Dasar Keselamatan
Di kemaskini Pada :
Khamis 30 November 2017, 19:16
Jumlah Pelawat :
779875
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookFeed

mod_vvisit_counterToday241
mod_vvisit_counterYesterday236
mod_vvisit_counterThis week720
mod_vvisit_counterLast week1687
mod_vvisit_counterThis month2908
mod_vvisit_counterLast month6769
mod_vvisit_counterAll days779875

QR Kod PDTB :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Besut