Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
"Prihatin Terhadap Masalah Bersama"
Program Mobile Transformation Centre (CTC) Daerah Besut Tahun 2017 PDF Cetak E-mail
Oleh MAZLAN MAT HUSSIN   
Ahad, 26 Mac 2017 23:24

 

25 MAC 2017 (SABTU) –Program Mobile CTC pada kali ini merupakan program yang ke-2 diadakan di Daerah Besut. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Haji Mohd Iskandar bin Jaafar, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri, merangkap ADUN Jabi. Program kali ini merupakan hasil kerjasama dengan Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan. Program diadakan di Padang Bola Kampung Tempinis bermula pada 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Mobile CTC merupakan salah satu inisiatif Strategik Lautan Biru Kebangsaan ke-8 (National Blue Ocean Strategy/NBOS8). Kementerian Kewangan melalui Unit Strategi Nasional telah menubuhkan Mobile CTC yang bertujuan mendekatkan perkhidmatan penting kepada rakyat. Perkhidmatan penting tersebut adalah seperti permohonan Mykad, lesen memandu, passport, pendaftaran syarikat, bayaran zakat dan lain-lain seumpamanya. Ini selaras dengan hasrat kerajaan iaitu rakyat diutamakan dan janji ditepati.

Walaupun terdapat Pusat transfromasi Bandar (Urban Transformation Centre/UTC) di bandar-bandar besar dan juga Pusat Transformation Luar Bandar (Rural Transformation Centre/RTC) di kawasan luar bandar, namun tidak semua penduduk dapat mengunjungi pusat berkenaan kerana faktor jarak serta beberapa masalah lain termasuk pengangkutan. Oleh demikian, Kementerian kewangan membawa perkhidmatan-perkhidmatan ini (UTC & RTC) ke kawasan pedalaman melalui Mobile CTC. Mobile CTC turut menyediakan platform untuk rakyat mendapatkan bantuan kerajaan yang disalurkan terus kepada kumpulan sasar serta memberi penerangan dan kesedaran kepada rakyat mengenai dasar, program, juga aktiviti melalui kementerian dan agensi kerajaan.

Sebanyak tiga buah bas dan tiga buah van yang akan menyertai program Mobile CTC pada hari ini dengan menyediakan perkhidmatan kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); Klinik Pergigian, Perbandanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN); Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK); Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA); Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM); Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK); e-Perolehan dan lain-lain lagi.

 

DiKemaskini Pada Ahad, 26 Mac 2017 23:54
Jumlah Capaian Ke Laman ini :42 kali.
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH BESUT
Kampung Raja, 22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : +609-6956326/6956328
FAX PTB: +609-6953379
FAX PDB:+609-6956930
E-Mail E-mail PDTB :
ptbesut@terengganu.gov.my
pdbesut@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
Info
Perkhidmatan
Pejabat Daerah Dan Tanah
Kaunter Pandu Lalu (Cukai Tanah) dan Balai Khidmat Pelanggan
Pencapaian dan Anugerah
Jadual Bertugas Penyaksian
Soal Jawab MS ISO 9001:2008 PTNT Negeri Terengganu
Hakcipta Terpelihara © 2013-2015 Pejabat Daerah Dan Tanah Besut. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Besut tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Piagam Pelanggan | Bantuan | Dasar Keselamatan
Di kemaskini Pada :
Ahad 26 Mac 2017, 23:54
Jumlah Pelawat :
723496
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookFeed

mod_vvisit_counterToday208
mod_vvisit_counterYesterday244
mod_vvisit_counterThis week739
mod_vvisit_counterLast week1811
mod_vvisit_counterThis month6923
mod_vvisit_counterLast month10814
mod_vvisit_counterAll days723496

QR Kod PDTB :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Besut