Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
"Prihatin Terhadap Masalah Bersama"
Majlis Pelancaran Politeknik Besut Oleh Dato' Seri Haji Idris Jusoh Menteri Pendidikan Tinggi PDF Cetak E-mail
Oleh MAZLAN MAT HUSSIN   
Ahad, 19 Mac 2017 00:00

 

 

Pada 18 Mac 2017 – Sebuah politeknik dengan kos RM180 juta bakal dibina di Bukit Keluang dekat sini yang akan melengkapkan usaha menjadikan daerah Besut sebagai salah sebuah pusat kecemerlangan pendidikan di Malaysia.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, politeknik ke-34 yang terletak kira-kira dua kilometer dari pusat pentadbiran Kampung Raja itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi.

Katanya, pada masa ini kumpulan pertama yang membabitkan seramai 35 pelajar peringkat Diploma Teknologi Digital sedang mengikuti pengajian di premis sementara di Kampung Raja.

“Apabila beroperasi di kampus kekal kelak, Politeknik Besut akan memberi fokus kepada bidang kreativiti dan inovasi seperti kraf dan rekaan fesyen batik.

“Ketika ini kebenaran masuk tapak untuk melakukan kerja-kerja awal sudah diperoleh dan jika siap dibina kelak, kampus ini mampu menampung sehingga 1,200 pelajar pada satu-satu masa,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Politeknik Besut itu.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Nawi Mohamad; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas negeri, A Latif Awang serta Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik, Datuk Amir Md. Noor.

Datuk Seri Haji Idris Jusoh memberitahu, pembangunan politeknik baharu di kawasan seluas 28 hektar itu merupakan keuntungan besar buat penduduk Besut yang pada masa ini telah memiliki beberapa institusi pendidikan bagi memenuhi keperluan masyarakat.

Katanya, institusi itu termasuk dua buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, Institut Pendidikan Guru (IPG), kampus Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZa), Institut Kemahiran Mara (IKM) dan Pusat GiatMara.

“Jika kerajaan tidak mempunyai wang mustahil kita boleh menjalankan pelbagai program apatah lagi untuk membangunkan kemudahan pendidikan buat rakyat seperti politeknik yang dilancarkan.

 

DiKemaskini Pada Isnin, 20 Mac 2017 00:58
Jumlah Capaian Ke Laman ini :75 kali.
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH BESUT
Kampung Raja, 22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : +609-6956326/6956328
FAX PTB: +609-6953379
FAX PDB:+609-6956930
E-Mail E-mail PDTB :
ptbesut@terengganu.gov.my
pdbesut@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
Info
Perkhidmatan
Pejabat Daerah Dan Tanah
Kaunter Pandu Lalu (Cukai Tanah) dan Balai Khidmat Pelanggan
Pencapaian dan Anugerah
Jadual Bertugas Penyaksian
Soal Jawab MS ISO 9001:2008 PTNT Negeri Terengganu
Hakcipta Terpelihara © 2013-2015 Pejabat Daerah Dan Tanah Besut. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Besut tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Piagam Pelanggan | Bantuan | Dasar Keselamatan
Di kemaskini Pada :
Ahad 26 Mac 2017, 23:54
Jumlah Pelawat :
723496
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookFeed

mod_vvisit_counterToday208
mod_vvisit_counterYesterday244
mod_vvisit_counterThis week739
mod_vvisit_counterLast week1811
mod_vvisit_counterThis month6923
mod_vvisit_counterLast month10814
mod_vvisit_counterAll days723496

QR Kod PDTB :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Besut