Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
"Prihatin Terhadap Masalah Bersama"
Lawatan Kerja Setiausaha Kerajaan Negeri Ke Daerah Besut PDF Cetak E-mail
Oleh MAZLAN MAT HUSSIN   
Isnin, 06 Februari 2017 01:17

 

Pada 2 Febuari 2017 - Program lawatan kerja Setiausaha Kerajaan Negeri ke Daerah Besut banyak memberi idea dan bermanfaat untuk memantapkan pentadbiran negeri.

Dato' Wan Nawawi Wan Ismail berkata, lawatan yang memasuki siri ketiga dan terkini di Besut memberinya gambaran lebih jelas proses dan perjalanan pentadbiran peringkat daerah menerusi taklimat selain dapat beramah mesra dengan ketua-ketua jabatan.

Tambahnya, pertemuan khas dengan pegawai dan kakitangan kerajaan itu juga memberi peluang untuk beliau menyampaikan pesanan dan harapan beliau dengan lebih berkesan dan tepat kepada sasaran.

"Pertamanya agar mereka menjadi lebih baik dari semasa ke semasa dan kedua, mereka harus saling bekerjasama di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

"Kita cuba menggabungkan kerjasama yang erat antara jabatan persekutuan dan negeri kerana kedua-duanya bertujuan untuk memberi manfaat maksimum kepada penduduk di Terengganu," katanya


Sementara itu, Wan Nawawi berkata, Empangan Paya Peda yang berfungsi sebagai tebatan banjir adalah satu-satunya prasarana dimiliki oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Katanya, selain daripada sebagai tebatan banjir, empangan tersebut juga dapat memberi manfaat yang besar kepada penduduk setempat.

Petani khususnya penanam padi di Daerah Besut juga menerima manfaat melalui pembinaan empangan ini apabila ianya dijadikan tempat takungan air.

 

DiKemaskini Pada Rabu, 08 Februari 2017 22:58
Jumlah Capaian Ke Laman ini :141 kali.
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH BESUT
Kampung Raja, 22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : +609-6956326/6956328
FAX PTB: +609-6953379
FAX PDB:+609-6956930
E-Mail E-mail PDTB :
ptbesut@terengganu.gov.my
pdbesut@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
Info
Perkhidmatan
Pejabat Daerah Dan Tanah
Kaunter Pandu Lalu (Cukai Tanah) dan Balai Khidmat Pelanggan
Pencapaian dan Anugerah
Jadual Bertugas Penyaksian
Soal Jawab MS ISO 9001:2008 PTNT Negeri Terengganu
Hakcipta Terpelihara © 2013-2015 Pejabat Daerah Dan Tanah Besut. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Besut tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Piagam Pelanggan | Bantuan | Dasar Keselamatan
Di kemaskini Pada :
Isnin 22 Mei 2017, 21:13
Jumlah Pelawat :
732178
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookFeed

mod_vvisit_counterToday141
mod_vvisit_counterYesterday234
mod_vvisit_counterThis week375
mod_vvisit_counterLast week1834
mod_vvisit_counterThis month7394
mod_vvisit_counterLast month8211
mod_vvisit_counterAll days732178

QR Kod PDTB :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Besut