Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
"Prihatin Terhadap Masalah Bersama"
Majlis Perasmian Penutup Karnival Transformasi Terengganu Baharu (TTB) 2015 Peringkat Daerah Besut PDF Cetak E-mail
Oleh MAZLAN MAT HUSSIN   
Ahad, 25 Oktober 2015 18:55

Pada 24 Oktober 2015- Majlis Perasmian Penutup Karnival Transformasi Terengganu Baharu (TTB) 2015 Peringkat Daerah Besut telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman yang bertempat di Dataran Jerteh souq, Besut

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh yang juga Anggota Parlimen Besut, Ahli Exco Kerajaan Negeri, YB Haji Nawi bin Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Besut; Ahli Exco Kerajaan Negeri, YB Dato’ Haji Muhamad Pehimi bin Yusof yang juga ADUN Jertih; ADUN Kuala Besut,YBM Tengku Zaihan bin Che Ku Abdul Rahman; ADUN Jabi,YB Encik Mohd Iskandar bin Jaafar; Pegawai Daerah Besut, Dato’ A Rahim Jusoh; dan Haji Samiun bin Salleh, Timbalan Setiausaha Kerajaan(Pengurusan)


Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman melahirkan azam untuk melaksanakan semua perancangan yang telah dibuat oleh bekas menteri besar lalu demi kepentingan rakyat Terengganu.

"Saya rela tidak mempunyai sebarang projek atau rancangan untuk negeri Terengganu asalkan setiap projek yang telah dirancang oleh mantan-mantan menteri besar terdahulu dapat saya dilaksanakan dengan baik walaupun ia membabitkan kos yang banyak", katanya.

Menurutnya, bagi daerah Besut beberapa projek mega yang telah dirancang ketika Idris menjadi menteri besar (2004-2008) akan turut diteruskan.

Katanya, antara projek yang belum dilaksanakan ialah projek pembesaran Jerteh Souq, pembinaan lebuh raya antara Keruak di Hulu Besut dengan Kuala Berang, Hulu Terengganu, menghidupkan semula Taman Ilmu di Tembila dan Projek Gerbang Pelancongan Antarabangsa di Kuala Besut.

 

DiKemaskini Pada Ahad, 25 Oktober 2015 19:01
Jumlah Capaian Ke Laman ini :2246 kali.
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH BESUT
Kampung Raja, 22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : +609-6956326/6956328
FAX PTB: +609-6953379
FAX PDB:+609-6956930
E-Mail E-mail PDTB :
ptbesut@terengganu.gov.my
pdbesut@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
Info
Perkhidmatan
Pejabat Daerah Dan Tanah
Kaunter Pandu Lalu (Cukai Tanah) dan Balai Khidmat Pelanggan
Pencapaian dan Anugerah
Jadual Bertugas Penyaksian
Soal Jawab MS ISO 9001:2008 PTNT Negeri Terengganu
Hakcipta Terpelihara © 2013-2015 Pejabat Daerah Dan Tanah Besut. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Besut tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Piagam Pelanggan | Bantuan | Dasar Keselamatan
Di kemaskini Pada :
Ahad 09 Desember 2018, 17:40
Jumlah Pelawat :
875781
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookFeed

mod_vvisit_counterToday120
mod_vvisit_counterYesterday369
mod_vvisit_counterThis week489
mod_vvisit_counterLast week1950
mod_vvisit_counterThis month4000
mod_vvisit_counterLast month7474
mod_vvisit_counterAll days875781

QR Kod PDTB :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Besut