Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
"Prihatin Terhadap Masalah Bersama"
Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Jabatan Tahun 2014 serta Sambutan Hari Raya Aidilfitri PDF Cetak E-mail
Oleh MAZLAN MAT HUSSIN   
Selasa, 04 Agustus 2015 14:43

 

Pada 2 Ogos 2015- Pejabat Daerah Dan Tanah Besut telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Jabatan Tahun 2014 serta Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bertempat di Pekarangan pejabat.

Seramai tujuh orang kakitangan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang daripada Pejabat Daerah, manakala sepuluh daripada Pejabat Tanah. Selaian itu, Anugerah Pekerja Contoh Bulanan juga turut diadakan serta Majlis Persaraan Kakitangan yang disampaikan oleh Y.Bhg. Dato’ A. Rahim Bin Jusoh Pegawai Daerah Besut/ Pentadbir Tanah Besut.

Pada tahun ini Sambutan Majlis Hari Raya berlaianan pada tahun- tahun kerana terdapat tujuh kiosk juadah makanan dan minuman yang telah disediakan mengikut ZON EKSA Pejabat Daerah Dan Tanah Besut.Pelbagai juadah makanan dan minuman antaranya Nasi Minyak, Ayam Golek, Lemang, Kuih Jala, Ketupat, Air Batu Campur (ABC) dan banyak lagi.

Sambutan Hari Raya diserikan lagi dengan kehadiran YB. Dato’ Pehimi bin Yusof ADUN Kawasan Jerteh merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri, YB. Nawi bin Mohamad ADUN Kawasan Hulu Besut merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani, Perusahan Perladangan Dan Komoditi Negeri, YB. Mohd Mahdi bin Musa ADUN kawasan Kota Putera, YBM. Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman ADUN Kawasan Kuala Besut, Ketua-Ketua Jabatan, Pemimpin-Pemimpin Masyarakat, Badan-Badan NGO serta orang awam.

Dalam pada itu, Dato’ Pegawai Daerah Bersama Yang Behormat sempat melawat Kiosk –kiosk untuk melihat juadah makanan dan minuman yang disediakan oleh kakitangan pejabat Daerah Dan Tanah Besut. Majlis Hari Raya berakhir pada jam 2.00 petang.

 

DiKemaskini Pada Selasa, 04 Agustus 2015 14:49
Jumlah Capaian Ke Laman ini :2201 kali.
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH BESUT
Kampung Raja, 22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : +609-6956326/6956328
FAX PTB: +609-6953379
FAX PDB:+609-6956930
E-Mail E-mail PDTB :
ptbesut@terengganu.gov.my
pdbesut@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
Info
Perkhidmatan
Pejabat Daerah Dan Tanah
Kaunter Pandu Lalu (Cukai Tanah) dan Balai Khidmat Pelanggan
Pencapaian dan Anugerah
Jadual Bertugas Penyaksian
Soal Jawab MS ISO 9001:2008 PTNT Negeri Terengganu
Hakcipta Terpelihara © 2013-2015 Pejabat Daerah Dan Tanah Besut. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Besut tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Piagam Pelanggan | Bantuan | Dasar Keselamatan
Di kemaskini Pada :
Rabu 05 September 2018, 10:20
Jumlah Pelawat :
862341
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookFeed

mod_vvisit_counterToday27
mod_vvisit_counterYesterday255
mod_vvisit_counterThis week995
mod_vvisit_counterLast week1776
mod_vvisit_counterThis month5739
mod_vvisit_counterLast month7448
mod_vvisit_counterAll days862341

QR Kod PDTB :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Besut