Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut


Menu

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 1436H/2015 ADUN Kawasan Besut dan Ahli Parlimen Besut

DiKemaskini Pada Isnin, 27 July 2015 08:43 Oleh MAZLAN MAT HUSSIN Ahad, 26 July 2015 15:59

 

Pada 22 Julai 2015- Yang Berhormat Dato' Muhammad Pehimi Yusof telah meraikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 1436H/2015 bertempat di Dewan Terbuka DUN Jerteh bersama-sama Rakyat jelata.


Pada 19 Julai 2015 - YBM Tengku Zaihan bin Che Ku Abd Rahman, ADUN Kuala Besut telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015M DUN Kuala Besut/Perantau di Dewan Terbuka Muara Kuala Besut, Besut.

Pada 19 julai 2015 Rumah terbuka Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut, menjadi tumpuan orang ramai apabila lebih 20,000 tetamu berkunjung ke rumah terbuka yang telah diadakan di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB), Gong Kemuntong, Jertih.

Tetamu yang hadir dihidangkan dengan pelbagai juadah makanan tradisional yang berkonsepkan “Gerai Perahu” yang turut dihadiri penduduk pelbagai kaum dari seluruh negeri.

 

 

Pada  20 Julai 2015-Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 1436H/2015 YB. Mohd Mahdi Bin Musa & Puan Hasliza Binti Yahya Dun Kota Putera telah berlangsung pada Hari Raya ke-4 bertempat di Kediaman YB,. ADUN Kota Putera Lot 2037, Jalan Satria Kampung Seberang Limbungan 22200 Besut, Terengganu.

Ahli Exco Kerajaan Negeri, YB. Nawi Bin Mohamad yang juga ADUN Hulu Besut, mengadakan rumah terbuka lebih awal yang berlangsung di Pejabat Penyelaras DUN Hulu Besut, di Kampung Pasir Akar pada Hari Raya Ke-2, 18 Julai 2015.

 

 


 

Dialog

Message