Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
"Prihatin Terhadap Masalah Bersama"
Pertandingan Kenderaan Berhias 2015 PDF Cetak E-mail
Oleh MAZLAN MAT HUSSIN   
Selasa, 12 Mei 2015 15:40

 

 

Pada 4 Mei 2015- Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bersama Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat ke pertandingan kenderaan berhias 2015 di Taman Awam Batu Buruk, Kuala terengganu bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-53 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.

Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To’ Puan Seri Halina Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Zubir Embong.

Turut hadir memeriahkan majlis barisan Exco kerajaan negeri, Ahli Majlis Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan serta barisan kepimpinan negeri.

Pertandingan yang dirasmikan oleh KDYMM Sultan ini, bertemakan 17 Tahun Pemerintahan-Dirgahayu Tuanku (1998-2015) yang melibatkan 22 kenderaan berhias dari setiap daerah Terengganu termasuk 14 beca berhias dari badan berkanun serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) .

Pertandingan ini turut diserikan dengan persembahan tarian oleh artis Suktra Negeri Terengganu dan pelajar dari Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman.

Daerah Besut telah mendapat tempat keempat dalam pertandingan tersebut yang turut menerima RM5,000.00. Johan bagi kenderaan berhias dimenangi oleh Daerah Kemaman yang berjaya membawa pulang RM20,000, naib johan Daerah Dungun menerima RM15,000 serta Daerah Setiu yang turut menerima RM10,000 bagi tempat ketiga.

 

DiKemaskini Pada Selasa, 12 Mei 2015 15:45
Jumlah Capaian Ke Laman ini :1572 kali.
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH BESUT
Kampung Raja, 22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : +609-6956326/6956328
FAX PTB: +609-6953379
FAX PDB:+609-6956930
E-Mail E-mail PDTB :
ptbesut@terengganu.gov.my
pdbesut@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
Info
Perkhidmatan
Pejabat Daerah Dan Tanah
Kaunter Pandu Lalu (Cukai Tanah) dan Balai Khidmat Pelanggan
Pencapaian dan Anugerah
Jadual Bertugas Penyaksian
Soal Jawab MS ISO 9001:2008 PTNT Negeri Terengganu
Hakcipta Terpelihara © 2013-2015 Pejabat Daerah Dan Tanah Besut. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Besut tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Piagam Pelanggan | Bantuan | Dasar Keselamatan
Di kemaskini Pada :
Ahad 09 Desember 2018, 17:40
Jumlah Pelawat :
875775
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookFeed

mod_vvisit_counterToday114
mod_vvisit_counterYesterday369
mod_vvisit_counterThis week483
mod_vvisit_counterLast week1950
mod_vvisit_counterThis month3994
mod_vvisit_counterLast month7474
mod_vvisit_counterAll days875775

QR Kod PDTB :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Besut