Majlis Sambutan Le Tour De Langkawi Edisi Ke -20 |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh MAZLAN MAT HUSSIN |
Selasa, 17 Mac 2015 08:14 |
Pada 11 Mac 2015- Majlis Sambutan Le Tour De Langkawi Edisi Ke -20 Peringkat 4 iaitu laluan dari telah berlangsung di Hadapan Bangunan UMNO Besut, Jerteh kira-kira jam 1.30 petang. Perlumbaan Jelajah Berbasikal Le Tour De Langkawi Edisi Ke -20 telah bermula pada 8 Mac hingga 15 Mac 2015 ini. Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB. ADUN Jabi,YB. ADUN Kota Putera, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Penolong Kanan Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah, kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Besut, Ketua-Ketua Jabatan, Pemimpin-Pemimpin Masyarakat serta masyarakat setempat. Pelajar Sekolah juga turut memberi sokongan kepada pelumba-pelumba Le Tour De Langkawi.
Pelumba Astana Pro Team, Andrea Guardini mengulangi aksi hebat untuk memenangi tiga peringkat selepas menawan peringkat keempat perlumbaan Jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL), Kota Bharu ke Kuala Berang sejauh 165.4 KM. Kejayaan itu menyaksikan pelumba Itali itu melebarkan rekod kemenangan peringkat dalam siri LTdL kepada 17, selepas menang lima peringkat pada edisi 2011, enam (2012) dan tiga peringkat pada edisi tahun lepas. Guardini, yang menjuarai dua peringkat pertama, menamatkan saingan di tempat pertama dengan catatan masa 3 jam 43 minit dan 14 minit. Pelumba Itali, Jakub Mareczko daripada pasukan Southeast Pro Cycling Team menduduki tempat kedua diikuti dan juara peringkat ketiga semalam, Caleb Ewan daripada pasukan Orica GreenEdge. Kesemua pelumba berkenaan mencatatkan masa sama selepas melintasi garisan penamat secara berkelompok. Peringkat kelima akan menyaksikan kesemua 125 pelumba akan bertarung pada laluan paling jauh pada edisi tahun ini iaitu jarak 200km dari Kuala Terengganu ke Kuantan. Laluan itu melibatkan tiga zon pecutan di Dungun, Kertih dan Chukai serta zon pendakian di Kijal.
|
DiKemaskini Pada Selasa, 17 Mac 2015 19:29
Jumlah Capaian Ke Laman ini :1516 kali. |
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Piagam Pelanggan | Bantuan | Dasar Keselamatan |
Di kemaskini Pada : |
Selasa 22 Januari 2019, 15:40
|
Jumlah Pelawat : | 887171 | (Statistik Penuh) |
|