Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
"Prihatin Terhadap Masalah Bersama"
Majlis Forum Transformasi Terengganu Baharu Peringkat Daerah Besut PDF Cetak E-mail
Oleh MAZLAN MAT HUSSIN   
Rabu, 11 Februari 2015 19:02

 

Pada 11 Februari 2015 Majlis Forum Transformasi Terengganu Baharu (TTB) Peringkat Daerah Besut telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato Haji Ahmad Razif Bin Abd. Rahman Menteri Besar Terengganu yang diwakili oleh Y. Bhg. Tuan Pegawai Daerah Besut Encik A. Rahim Bin Jusoh bertempat di Dewan Majlis Daerah Besut, Gong Kemuntong, Jerteh.Turut hadir Ketua-Ketua Jabatan, Pensyarah Maktab, UNISZA, Pegetua Sekolah, pelajar MRSM serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Daerah Besut.

Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis, Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Oleh Uztaz Abdul Razak bin Mat Ripin dan seterusnya Majlis perasmian oleh Tuan Pegawai Daerah. Pada majlis tersebut Tuan Pegawai Daerah telah membaca teks ucapan Y.A.B. Menteri Besar Terengganu Sempena Seminar Transformasi Terengganu Baharu ‘ Melestarikan Budi Memancu Transformasi ‘.