Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
"Prihatin Terhadap Masalah Bersama"
Pertandingan Kebersihan dan Keindahan Kampung peringkat negeri 2014 PDF Cetak E-mail
Oleh MAZLAN MAT HUSSIN   
Rabu, 17 Desember 2014 07:58

 

Pada 6 Disember 2014 - Kampung Payang Kayu, Hulu Terengganu menjuarai Pertandingan Kebersihan dan Keindahan Kampung peringkat negeri 2014 bagi kategori luar kawasan operasi pihak berkuasa tempatan (PBT).

Kemenangan itu membolehkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) itu menerima RM250,000 bagi menjalankan projek dan wang tunai RM25,000.

Bagi kategori dalam kawasan operasi PBT, pertandingan itu dimenangi JKKK Alor Limbat, Marang yang turut membawa pulang hadiah keseluruhan berjumlah RM275,000.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman menyempurnakan penyampaian hadiah di Kampung Payang Kayu, petang semalam.

Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Halina Zakaria; Yang Dipertua DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri merangkap ADUN Telemong, Dato’ Rozi Mamat.

JKKK Bukit Wan, Kuala Terengganu merangkul tempat kedua bagi kategori luar kawasan operasi PBT sekali gus memenangi wang tunai RM15,000 dan projek bernilai RM150,000.

Tempat ketiga bagi kategori itu diraih JKKK Banggol Pak Ali, Marang dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM110,000 termasuk wang tunai RM10,000.

Bagi kategori dalam kawasan operasi PBT, JKKK Jalan Tekukur, Kuala Terengganu diumumkan tempat kedua untuk memenangi wang tunai RM15,000 dan projek bernilai RM150,000.

JKKK Lay Out Tok Saboh, Besut muncul tempat ketiga dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM110,000 termasuk wang tunai RM10,000.

Pada majlis itu, Ahmad Razif turut menyampaikan hadiah bagi pemenang Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) tahun 2014 anjuran KEMAS Negeri.

Kampung Seri Kenangan, Setiu dinobat sebagai johan dengan membawa pulang wang tunai RM12,000, Kampung Gong Gunchil, Besut sebagai naib johan (RM10,000) dan ketiga Gong Lingai, Kuala Terengganu (RM8,000).

 

DiKemaskini Pada Rabu, 17 Desember 2014 08:01
Jumlah Capaian Ke Laman ini :2064 kali.
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH BESUT
Kampung Raja, 22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : +609-6956326/6956328
FAX PTB: +609-6953379
FAX PDB:+609-6956930
E-Mail E-mail PDTB :
ptbesut@terengganu.gov.my
pdbesut@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
Info
Perkhidmatan
Pejabat Daerah Dan Tanah
Kaunter Pandu Lalu (Cukai Tanah) dan Balai Khidmat Pelanggan
Pencapaian dan Anugerah
Jadual Bertugas Penyaksian
Soal Jawab MS ISO 9001:2008 PTNT Negeri Terengganu
Hakcipta Terpelihara © 2013-2015 Pejabat Daerah Dan Tanah Besut. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Besut tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Piagam Pelanggan | Bantuan | Dasar Keselamatan
Di kemaskini Pada :
Rabu 05 September 2018, 10:20
Jumlah Pelawat :
861197
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookFeed

mod_vvisit_counterToday104
mod_vvisit_counterYesterday256
mod_vvisit_counterThis week1391
mod_vvisit_counterLast week1715
mod_vvisit_counterThis month4595
mod_vvisit_counterLast month7448
mod_vvisit_counterAll days861197

QR Kod PDTB :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Besut