Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
"Prihatin Terhadap Masalah Bersama"
Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek Pembinaan Semula Rumah di bawah Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS7) PDF Cetak E-mail
Oleh MAZLAN MAT HUSSIN   
Rabu, 10 Desember 2014 08:11

JABI- Sebuah keluarga di Kampung Oh di sini melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada kerajaan khususnya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kerana menyumbangkan rumah baharu kepada mereka.

Ketua keluarga, Zulkarnain Mamat, 41, berkata, walaupun rumah yang diperoleh keluarganya bukan banglo namun apa yang diterima semalam adalah satu rahmat yang amat besar kepada keluarga miskin sepertinya.

Menurutnya, bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan pendapatan RM1,000 sebulan dan terpaksa menyara isteri serta lima anak yang masih bersekolah sudah tentu impian membeli rumah sendiri bagaikan mimpi yang tidak mungkin jadi realiti.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak  khususnya bomba, Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar kerana memilih keluarga saya untuk menerima rumah yang amat selesa bagi kami kerana rumah kayu yang kami duduki sebelum ini sudah terlalu uzur,” katanya.

Zulkarnain berkata ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek Pembinaan Semula Rumah di  bawah Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS7) Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Majlis disempurnakan Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar yang turut dihadiri Pengarah JBPM Terengganu, Md Salleh Sarbini.

Menurut Mohd Iskandar, kerajaan sentiasa bantu rakyat yang benar-benar memerlukan bantuan tanpa mengira fahaman politik mereka.

“Tapi  malangnya ada segelintir yang bersikap tidak adil.. walaupun diberi bantuan tetapi sentiasa menyalahkan pemimpin dan kerajaan sehingga semua yang kerajaan buat tidak betul,” katanya.

Mohd Iskandar berkata, pemberian rumah baharu kepada Zulkarnain dan keluarganya bukti kerajaan sentiasa menghulurkan bantuan kepada keluarga susah.

Katanya, kerajaan negeri turut sediakan peruntukan sebanyak RM1.4 juta setiap Dun untuk membina 10 rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan membaiki rumah  setiap tahun.

“Pemberian rumah PPRT terpaksa diutamakan kepada merekabenar-benar memerlukan terlebih dahulu kerana peruntukan hanya sepuluh rumah sahaja setiap Dun manakala senarai pemohon sekitar empat orang bagi setiap kampung di Dun Jabi,” katanya.

Sementara itu menurut Md Salleh, rumah yang diserahkan kepada Zulkarnain dibina sendiri 10 anggota bomba iaitu lapan orang dari Balai Bomba dan Penyelamat Jertih serta bakinya dari Balai Bomba dan Penyelamat Besut dengan menelan belanja RM37,000.

Katanya, rumah  yang mempunyai tiga bilik itu dibina hanya dalam masa dua bulan untuk disiapkan oleh anggota terbabit.

"Rumah ini ketiga dibina JBPM Terengganu pada tahun ini dan pada tahun depan kami menjangkakan peroleh peruntukan sama,” katanya.

 

DiKemaskini Pada Rabu, 10 Desember 2014 09:04
Jumlah Capaian Ke Laman ini :1462 kali.
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH BESUT
Kampung Raja, 22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : +609-6956326/6956328
FAX PTB: +609-6953379
FAX PDB:+609-6956930
E-Mail E-mail PDTB :
ptbesut@terengganu.gov.my
pdbesut@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
Info
Perkhidmatan
Pejabat Daerah Dan Tanah
Kaunter Pandu Lalu (Cukai Tanah) dan Balai Khidmat Pelanggan
Pencapaian dan Anugerah
Jadual Bertugas Penyaksian
Soal Jawab MS ISO 9001:2008 PTNT Negeri Terengganu
Hakcipta Terpelihara © 2013-2015 Pejabat Daerah Dan Tanah Besut. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Besut tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Piagam Pelanggan | Bantuan | Dasar Keselamatan
Di kemaskini Pada :
Rabu 05 September 2018, 10:20
Jumlah Pelawat :
861198
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookFeed

mod_vvisit_counterToday105
mod_vvisit_counterYesterday256
mod_vvisit_counterThis week1392
mod_vvisit_counterLast week1715
mod_vvisit_counterThis month4596
mod_vvisit_counterLast month7448
mod_vvisit_counterAll days861198

QR Kod PDTB :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Besut