Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
"Prihatin Terhadap Masalah Bersama"
Perhentian Island Challenge 2012 PDF Cetak E-mail
Oleh Administrator   
Selasa, 09 Oktober 2012 00:00

Pejabat Daerah Besut sekali lagi diberi peranan dalam menjayakan Perhentian Island Challenge 2012 yang akan diadakan pada 11 - 13 Oktober 2012. Program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama PIC Adventure Sdn Bhd telah mendapat penyertaan seramai 400 orang peserta dari 23 buah negara termasuk peserta negara kita Malaysia.

Menurut penganjur, bagi tahun ini sebanyak 6 kategori yang dipertandingkan dan dari jumlah tersebut, 2 acara khusus untuk rakyat Malaysia. Acara ini juga mendapat kerjasama daripada RTM sebagai badan penyiar utama.

Peserta yang menyertai Perhentian Island Challenge 2012 akan bertolak pada 11 Oktober 2012 di Kuala Lumpur dan dijangka tiba di Pekan Kuala Besut pada 12 Oktober 2012. Acara sebenar akan bermula jam 8.00 pagi di Telok Keke Pualau Perhentian Besar dengan dimulai acara berenang ke Pulau Perhentian Kecil iaitu di Perkampungan Pulau Perhentian.

Bagi menjayakan Perhentian Island Challenge 2012, penduduk kampung telah bersetuju untuk mempersembahkan  17 acara iringan sebagai tanda sokongan mereka kepada penganjuran pada kali ini.

Majlis penutup akan diserikan dengan acara makan bersama rakyat yang turut disertai oleh YB Dato' Abd Rahin bin Mohd Said, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri selaku Perasmi Acara Penutup serta semua Ahli Jawatankuasa Tindakan Daerah Besut yang diketuai oleh Y. Bhg. En. A. Rahim bin Jusoh selaku Pegawai Daerah Besut.

 

 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH BESUT
Kampung Raja, 22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : +609-6956326/6956328
FAX PTB: +609-6953379
FAX PDB:+609-6956930
E-Mail E-mail PDTB :
ptbesut@terengganu.gov.my
pdbesut@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
Info
Perkhidmatan
Pejabat Daerah Dan Tanah
Kaunter Pandu Lalu (Cukai Tanah) dan Balai Khidmat Pelanggan
Pencapaian dan Anugerah
Jadual Bertugas Penyaksian
Soal Jawab MS ISO 9001:2008 PTNT Negeri Terengganu
Hakcipta Terpelihara © 2013-2015 Pejabat Daerah Dan Tanah Besut. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Besut tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Piagam Pelanggan | Bantuan | Dasar Keselamatan
Di kemaskini Pada :
Rabu 05 September 2018, 10:20
Jumlah Pelawat :
861188
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookFeed

mod_vvisit_counterToday95
mod_vvisit_counterYesterday256
mod_vvisit_counterThis week1382
mod_vvisit_counterLast week1715
mod_vvisit_counterThis month4586
mod_vvisit_counterLast month7448
mod_vvisit_counterAll days861188

QR Kod PDTB :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Besut