Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
"Prihatin Terhadap Masalah Bersama"
Kejohanan Sukan Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah Negeri Terengganu PDF Cetak E-mail
Oleh Administrator   
Ahad, 20 Oktober 2013 00:00

 

 

 

Kojohanan Sukan Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah Negeri Terengganu

telah berlangsung pada 9 hingga 12 Oktober 2013. Bagi tahun ini, Daerah Hulu Terengganu telah dipilih sebagai tuan rumah ( SUDATA) 2013. Pejabat Daerah dan Tanah Besut menghantar seramai 90 orang atlet bagi menyertai kejohanan sukan pada tahun ini yang diketuai oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah iaitu Encik Zahanapi bin Sagaf.

Sebanyak 15 acara yang telah dipertandingkan iaitu Ten Ping Bowling, Bola Sepak, Bola Jaring, Berakit, Sepak Takraw, Badminton, Bola Tampar, Futsal Lelaki dan Wanita, Ping Pong, Congkak, Batu Selambut, Dart, dan Dam Aji. 3 acara baru telah diperkenalkan iaitu Berakit, Batu Selambut, dan Dam Aji. Pihak tuan rumah juga telah menyediakan 7 pusat pertandingan iaitu Terengganu Equestrian Resort ( TER ) Kuala Terengganu, Padang Bola Kg. Butut, Padang Astaka Kuala Berang, Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur ( CIDB), Sungai Kampung Temir, TNB Kuala Berang, dan DBS Indoor Soccer.

Kelab Sukan Pejabat Daerah dan Tanah Besut ( KEDATAB ) telah menyertai semua acara sukan yang dipertandingkan. KEDATAB juga telah mendapat Johan bagi acara Selambut, Naib Johan bagi acara Congkak, Dart, dan Futsal Wanita. Bagi acara Sepak Takraw dan Berakit pula KEDATAB telah mendapat tempat ketiga dan keempat bagi acara Badminton.

Pejabat Daerah dan Tanah Dungun telah memperoleh tempat pertama bagi keputusan keseluruhan, kedua ialah Pejabat Daerah dan Tanah Marang, Ketiga pula Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu, Keempat adalah tuan rumah iaitu Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu, Kelima telah dikongsi bersama oleh Pejabat Daerah dan Tanah Setiu serta Pejabat Daerah dan Tanah Besut manakala tempat ketujuh adalah Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman.

Kejohanan yang berlangsung selama empat hari telah disertai dengan semangat kesukanan yang tinggi oleh setiap atlet yang bertanding. Keadaan ini jelas dapat dilihat daripada wajah semua atlet yang berjuang bersungguh-sungguh bagi memperoleh tempat dalam setiap acara yang diwakili serta menjaga nama jabatan. Secara tidak langsung semangat muhibah dan kekeluargaan dapat dipupuk dalam jiwa setiap atlet.

 

 

 

 

 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH BESUT
Kampung Raja, 22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : +609-6956326/6956328
FAX PTB: +609-6953379
FAX PDB:+609-6956930
E-Mail E-mail PDTB :
ptbesut@terengganu.gov.my
pdbesut@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut
Info
Perkhidmatan
Pejabat Daerah Dan Tanah
Kaunter Pandu Lalu (Cukai Tanah) dan Balai Khidmat Pelanggan
Pencapaian dan Anugerah
Jadual Bertugas Penyaksian
Soal Jawab MS ISO 9001:2008 PTNT Negeri Terengganu
Hakcipta Terpelihara © 2013-2015 Pejabat Daerah Dan Tanah Besut. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Besut tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Piagam Pelanggan | Bantuan | Dasar Keselamatan
Di kemaskini Pada :
Ahad 09 Desember 2018, 17:40
Jumlah Pelawat :
875778
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookFeed

mod_vvisit_counterToday117
mod_vvisit_counterYesterday369
mod_vvisit_counterThis week486
mod_vvisit_counterLast week1950
mod_vvisit_counterThis month3997
mod_vvisit_counterLast month7474
mod_vvisit_counterAll days875778

QR Kod PDTB :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Besut