Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Besut


Menu

Majlis Perasmian Kolej Komuniti Besut

DiKemaskini Pada Selasa, 17 Jun 2014 16:39 Oleh Administrator Selasa, 17 Jun 2014 16:36

 

Pada 15 Jun 2014 - Majlis Perasmian Kolej Komuniti Besut telah disempuranakan oleh Dato’ Seri Idris Jusoh Menteri Pendidikan II di tapak Medan Selera Jertih,Besut. Hadir sama Ahli Exco Kerajaan Negeri, Muhamad Pehimi Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia juga Ketua –Ketua Jabatan Daerah Besut.

Kolej Komuniti Besut memulakan operasinya di Bangunan Baitul Ehsan di Bandar Jertih pada 9 March 2014, dengan menawarkan kursus Animasi 3 Dimensi (3D) kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Manakala pada mulai tahun depan Kolej Komuniti Besut akan menawarkan satu kursus baru iaitu Sijil Pelukis Pelan Mekanikal Petroleum dan Gas yang sebelum ini tidak ditawarkan di mana-mana kolej kominiti di negara ini

Dengan adanya Kolej Komuniti Besut diharap dapat melahirkan pelajar berkemahiran tinggi dalam industri minyak dan gas sekali gus memenuhi pasaran kerja dalam industri di bawah seliaan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

 

Dialog

Message