Majlis Perasmian Kembara Kebajikan 1 Malaysia Family Care |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh Administrator |
Ahad, 13 April 2014 20:21 |
Majlis Sambutan Peserta Konvoi Kembara Kebajikan 1Malaysia Family Care dari Kota Bharu, Kelantan telah diadakan pada 13 April 2104 jam 10.00 pagi di sempadan Negeri Kelantan/Terengganu di Kampung Lak lok, Besut Peserta Konvoi telah disambut oleh Pegawai Daerah Besut yang diwakili oleh En. Zahanapi bin Sagaf, Ketua Penolong Pegawai Daerah bersama Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan dan Badan-Badan NGO Daerah Besut.
Manakala Majlis Perasmian Kembara Kebajikan 1 Malaysia Family Care Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan jam 3.30 petang di Dewan Majlis Daerah Besut, Gong Kemuntong yang disempurnakan oleh Y.B. Tuan Haji Muhammad Pehimi Bin Yusof Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia, En. Sharudin Bin Shar Kasim, Pegawai Daerah Besut, En. A. Rahim Bin Jusoh, Pengarah Kebajikan Maystarakat, En. Zuhami Bin Omar, Ketua –Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Daerah, Pemimpin Masyarakat serta Penerima Bantuan Kebajikan Masyarakat. Antara pengisian program Kembara Kebajikan 1 Malaysia Family Care telah mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma,Senam Robik, Sukaneka, Pertandingan Melukis/Mewarna Pra Sekolah,Kaunter Bergerak JPJ dan Jamuan Rakyat. Pada Jam 4.30 petang Pelepasan Peserta Konvoi Kembara Kebajikan 1 Malaysia Family Care telah dilakukan oleh Y.B. Tuan Haji Muhammad Pehimi Bin Yusof Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat. Peserta dari Dewan Majlis Daerah Besut ke Kem Seri Keluang , Besut( bermalam) dan akan berlepas ke Kuantan, Pahang pada keesokan harinya untuk meneruskan Konvoi Kembara Kebajikan 1 Malaysia Family Care ke Pagoh, Negeri Sembilan.
|
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Piagam Pelanggan | Bantuan | Dasar Keselamatan |
Di kemaskini Pada : |
Selasa 22 Januari 2019, 15:40
|
Jumlah Pelawat : | 887172 | (Statistik Penuh) |
|